GUDBYE 2009 WELCOME 2010



New Year is around the corner. Let's say gudbye to 2009 and a very warmth welcome to 2010. Got lots of memories, either gud, bad, sweet or bitter along 2009. Some of the memories I wish I could erase it but definately not.So just let it be and remained in my heart until I die.

Orait..any resolution for this coming new year?

Me?....As usual I dont have any or set any resolutions for every single year.
WHY?... ntah la..to me if I set any kind of resolutions but then it will be meaningless if I takde effort pon nak try hard to get it or accomplish it. A person like me will always prefer to do things impromptu. Most of the time I dont have any plan. Not a good practice..I guess..But this is me..my style..Yes I used to have a systematic kinda plan..but then semua hancur. I am not a very well managed person thou..but I tend to do things so fast and mostly on time..

Well for this coming 2010 I just hope that me and my family will be more happier, di limpahkan dengan rezeki yg banyak, more healthier and will  try to keep the family bond more stronger.

Semoga Allah selalu merahmati, melindungi dan meredhakan kami. Insyallah..

To all my frens, family and to all bloggers I wish u all .."Happy New Year"...

BUAH DABAI -SARAWAK TROPICAL FRUIT

Hari ni saya sangat suka dan gumbira sebab dapat bekalan buah dabai yang datang dari Sarawak. Di Semenanjung memang takkan jumpa buah ni. Sedap kalau makan dengan nasik panas or makan gitu-gitu aja pon ok. Buah dabai...orang Sarawak pronounce it like this --> "buah da bay"..adalah sejenis buah yang bermusim. Amat terkenal di Sarawak dan mudah didapati di Sibu dan di Sarikei.



Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga. Kebiasaannya, buah dabai direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian airnya dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan bersama kicap atau garam. Biji dabai pula terdapat isi yang berwarna hijau. Rasenye seperti ‘kacang’. . (info source:http://berita-harian-online.com/dabai-buah-tropikal-sarawak/). Jom layan gamba ni:

 Buah dabai ni saya rendam dengan kicap masin.Atau boleh gaul sedikit dengan garam sahaja. Sedappp..nyumnyum..

Buah dabai yang telah direndam dengan air panas menjadi lembut. Isinya berwarna kuning dan rasanya lemak-lemak.


Ni biji buah dabai..saya dah ketuk dengan lesung batu..harusssla..sbb biji buah dabai ni keras macam batu..nak gigit kompom patah gigi!!..dalam biji yang keras tuh ade isi lembut rasa macam kacang..leh buat kudapan..sedapp...ADE BRANI NAK TRY??..HEHE..

MUFFIN PANDAN



Terasa macam nak makan muffin..so I decided to bake muffin pandan instead of cokelat..boring asik coklat je. Resipi ni dari blog feveret saya ---> http://tiffinbiru.blogspot.com. Memang muffin ni sedap dan ada rasa-rasa lemak kelapa since ada guna kelapa kering. Resipi nya camni :

BAHAN-BAHANNYA
:-)

- 125 g mentega.
- 2 biji telur gred A.
- 80 g gula halus.
- 150 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour).
- 30 g kelapa kering.
- 1 camca besar serbuk santan.
- 1/4 cawan susu segar  (susu cair pon boleh).
- 1 camca teh pandan paste.
- Secubit garam.
- Sedikit kelapa kering untuk ditabur.

CARA MEMBUATNYA :-) 

1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Satukan tepung berserbuk penaik dengan kelapa kering, serbuk santan dan secubit garam, gaul rata. Ketepikan.

2. Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga putih. Masukkan pandan paste dan kacau rata.

3. Perlahankan speed dan masuk tepung berselang seli dengan susu cair hingga selesai. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam muffin cup tadi dan tabur sedikit kelapa kering atasnya. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang.


SIMPLE MENU


Semalam saya dan adik saya yang datang dr Kuching just duduk kat rumah saja.Well masa untuk berehat dari jalan-jalan since dah penat jugak la round KL bawak dorang pi shopping here and there. Jadi semalam duduk di rumah jela merehatkan diri. Since ada lagi stok bahan mentah dalam peti sejuk saya just masak menu yg very the simple ,malas nak masak benda yang remeh temeh. 3 menu ni boleh siap dalm masa 30 minits .Senang gilak dan cepat. Antara menu nya adalah : SAYUR TUMIS KACANG BUNCIS ,IKAN KEMBUNG MASAK SOS DAN SOTONG HITAM LADA HITAM. Resipi ni bukan cedok dari mana-mana .Resipi ikut citarasa sendiri aje. Resipi nya macam ini ya..:


SAYUR TUMIS KACANG BUNCIS
Bahan-bahan:
Kacang buncis-potong
Carrot/ Lobak merah-potong
Sedikit ikan bilis
Bawang merah( lebih kurang 2-3 bijik)-hiris
Bawang putih ( 1 -2 bijik)-hiris
Bawang besar (optional- if suka letak la)-hiris
Minyak masak (2-3 sudu)
Garam
Kiub ayam- skit (optional)


Cara menyedia:
Masukkan minyak . Bila dan agak panas skit masukkan ikan bilis. Goreng sekejap sampei nampak garing skit .Then masukkan bawang merah,putih and bawang besar. Bila dah naik bau, then masukkan sayo kacang buncis dan carrot. Masak sehingga masak tapi jangan sampai layu. Agak-agakla.Last masuk garam secukup rasa.Kalau nak rasa berbeza skitg leh masuk sikit kiub pati ayam .


IKAN KEMBUNG MASAK SOS
Bahan-bahan:
5-4 ekor ikan kembung- disiang (digoreng dgm kunyit dan skit garam)
3-4bijik bawang merah-ditumbuk
2 bijik bawang putih-ditumbuk
sikit cili kisar
3-4 sudu sos cili -saya guna maggie
skit gula
skit garam
minyak tok tumis


Cara menyedia:
Goreng ikan dulu. Ketepikan sebentar. Untuk sediakan sos , tumiskan bawang merah,bawang putih dan cili kisar yang telah ditumbuk .Tumis sampai naik bau then masukkan sos cili maggie . Tumis sampai naik minyak.Masukkan sedikt gula dan garam . Setelah sos dah masak then masukkan ikan yang telah digorengkan tadi dalam sos tersebut. Then siap leh makan!!


SOTONG HITAM LADA HITAM
Bahan-bahan: 
Sotong- dibersih 
Bawang merah (2-3 bijik ditumbuk)
Bawang putih (1-2 bijik- tumbuk jugak)
Bawang besar ( 1 bijik - hiris)
1-2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap masin
1-2 sudu sos lada hitam ( kalau takda boleh guna serbuk lada hitam aje)
sedikit garam
minyak tok tumis


Cara masak:
Panaskan minyak . Then tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai naik bau. Then masukkan sotong. Tumis sebentar . Pastu masukkan kicap pekat , kicap masin dan sos lada hitam . Tumis sehingga sebati . Then masukkan bawang besar . Masukkan garam. Tumis sehingga masak.Then boleh hidang.







MOIST CHOCOLATE CAKE WITHOUT BUTTER


Kek ni mmg sedap. Urang Sarawak madah nang nyaman gilak..rasanya sik terlalu manis sedang-sedang ajak..tapi nang moist menar. Sik kering ngeritin kata urang . Resipi tok di ambik dari blog resipi nak tok-->http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com. Gambar kurang kacak sbb makei hp jak..layan jak la.
Actually kek tok di order oleh kawan kamek hari tok tek ,hopefullynya suka dan puas hati dgn rasa kek tok.Takut juak ney tauk tang ada jak urang madah sik nyaman ney kek tok nak..Tok resipi kek tok:..

Bahan Utama:- 
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
Bahan A:-
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B:-
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
Topping:
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian kacau atas dapur dengan api yang perlahan hingga agak likat sedikit. Sejukkan sebentar dan sapukan atas dan keliling kek yang telah sejuk.
Cara Menyediakan Kek:-
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi.
  3. Kemudian masukkan minyak masak.
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak.


THE BEAUTY OF BAHASA SARAWAK -LAN KITA BELAJAR LOK


I'm Sarawakian ..so  I would be glad to share a bit of Bahasa Sarawak here. Bahasa Sarawak mmg banyak perbezaan sebutan, maksud dan penggunaan ayat daripada Bahasa Melayu. But ada a few ayat yg  sama maksud dan sama sebutan dgn Bahasa Melayu. Saya pun adakalanya tidak pernah mendengar perkataan-perkataan yang saya kira agak pelik dan jarang digunakan ketika saya bercakap dalam Bahasa Sarawak. Maybe if i ask my parents or other old generation than me..sure they would know the meaning. Lots and lots of words that i also do not know the meaning .But somehow I just wanna share some of the words that i think sangat basic yang selalu digunakan dalam perbualan seharian masyarakat Melayu Sarawak. And satu lagi orang selalu confuse especially among my frens here in Semenanjung..they always think that other native in Sarawak pon bercakap  seperti orang Melayu Sarawak juga. Actually tak sama coz other native such as Iban , Bidayuh ,Melanau or etc ..they have their own dialect /languange spoken. But sure majority of them understand and know how to converse in Bahasa Melayu Sarawak. Well, let me share a bit of the words and the meaning ..
KAMEK- SAYA
KITAK-AWAK
NYA-DIA/HE/SHE
SIDAK-MEREKA
AOK-YA
SIK-TAK
BULAK-TIPU/BOHONG
JAIK-JAHAT/BURUK
KENJAR-GATAL/MIANG
TUYUK/PALOI- BODOH/BANGANG
TUK-INI
YA-ITU
SINUN-SANA
SITOK-SINI
KEJERON-TAK SABAR
DENG-SAYANG
SEKALOR-GILA-GILA/OTAK MERENG (HIKHIK)
KACAK-CANTIK
LAWA-SOMBONG
MAOK-MAHU
GUGOK-JATUH
GEREK/CHAN-AWEK/BOYFRIEND/GIRLFRIEND
NEMIAK-BUDAK-BUDAK
NYAMAN-SEDAP
CERIDAK-PENGOTOR
ENTINGAL-DEGIL
PUSAK-KUCING
KEMEH-KENCING
KELAK-KEMUDIAN
NGAGAK-DATANG
GAGO-SIBUK
RAMI-RAMAI
SIGEK-SATU 
NEKIK-PANJAT
TUNGGAH-PANGGIL
NGABAS-ZIARAH
SPETAR-HOSPITAL
GADONG-HIJAU
KALAS-PINK
ASUK-ANJING
RENAB-ARNAB
MOTO-KERETA
EMBAK -BAWAK
LAN-JOM
BAIT-BAIK
NANG-MEMANG
PADAH - BAGI TAHU/ TELL
KELAKA-BERCAKAP
BELON- KAPAL TERBANG
LEMARI - ALMARI
NANGGA-MELIHAT
MANOK-AYAM
NGEGEH-MENGADA-NGADA
JERAYA-JALANRAYA
SILO-SILAU
TETAK-GELAK/KETAWA




Takat ni je yang saya ingat nanti kalo ade lagi saya update balik. Mun ada sapa sapa urang Sarawak maca blog kamek tok leh juak la share sitok oo..


JOM ..sy nak main-main tukar lirik lagu ni kedalam Bahasa Sarawak le..lirik lagu Teman Tapi Mesra- Ratu..


Aku punya teman
Teman sepermainan
Di mana ada dia selalu ada aku

Dia memang manis
Dan juga baik hati
Dan dia slalu ada waktu
Untuk membantuku

Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi kekasihku

Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku punya teman
Teman sepermainan
Di mana ada dia selalu ada aku

Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi kekasihku

Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra



Dalam Bahasa Sarawak bunyi nya camtok:


Kamek ada teman
Teman sepermainan 
Di sine ada nya selalu ada kamek


Nya manis gilak
bait hati juak
nya selalu ada waktu tok nulung kamek


Tapi kamek bingong
bilanya madahnya cinta
dan nya madah juak nya maok jadi gerek kamek


cukuplah berteman ajak dgn kamek 
jangan kitak mintak lebih
kamek sik mungkin mencinta kitak
kita berteman ajak 
teman tapi mesra


Kamek nang suka dengan kitak
tapi kamek dah ada urang empun
bagus kita duak berteman
kita berteman ajak 
teman tapi mesra


ndak tauk betol kah sik..bantei ajak..ahaksss




image source:www.flickr.com

NASI AYAM CHEE MENG

I am one of the nasi ayam fans dan sememangnya kalau dah busan dan tak tau nak makan apa lagi , saya prefer makan nasi ayam as my faveret menu. To me nasi ayam so simple but then sedap but well it depends jugak ..bukan semua kedai jual nasi ayam sedap. Antara kedai nasi ayam yang jadi feveret saya ialah NASI AYAM CHEE MENG dekat area Sg. Wang. Dijamin halal so to all muslims yang nak cuba makan kat situ jgn la risau.It already certified Halal by JAKIM.
Selain nasik ayam as main menu ade lagi banyak hidangan lain such as mee, nasik goreng and other lauk pauk as side dishes. Sedap jugak dan boleh tahan la..Harga berpatutan. So sini skit info pasal kedai nasik ayam ni..all the photos i copy fm nasik ayam chee meng website .
LOCATION:





Nasi Ayam Chee Meng, Bukit Bintang
50, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.























Antara menu yang ada kat restoran ni:





Kalo nak tau lagi pasal menu kat situ leh tgk website ni --->http://cheemeng.com.my
Saya suka nasi ayam kat situ ..tak tau la orang lain plak..try la...:)



DUNNO WHAT TO SAY..




 I am totally getting fedup with Wimax...performance wise is just same as Celcom broadband..awful, lembap sungguh, nak upload gambar memang tak boleh. Like my fren said..just POTONG  and switch to Streamyx .. i need to think bout .. since i still got more than a year with that stupid obligation of the Wimax subscription's contract..Btw i'm not gonna nagg all the way bout this on my blog...Actually there r few things i want to share and a few photos i'd like to upload but unfortunately i cant make it..i guess i need to be more patience on this thing..later la saya upload.


I guess this blog is just like a diary to me but cant make it too personal..sumtimes  i really really really want to write and "shout" out sumthing inside my mind and my heart here but i cant do that though i can do that in actual.(pening tak tau ape saya tulis ni)..Just like other normal human being ,i also got my own hormon imbalance..ada masa my mood swing..in a second i can turn to be a very hot tempered person..the bad side of me..i also hate it..sumtime i'm in despair, agony,  feel stressfull, confusion...bla bla bla..tak tau lagi how to describe..sumtime i totally lost in myself..so pathetic..I guess no big issue bout this ..summore those feelings are just a normal kinda thing that most of people faced and experienced. 


Ada masa i need to be alone ,need privacy, need time for myself and just hibernate myself. Only 2 faces of these 2 persons could make myself happy all the way and they are my backbones ,give me strenght,happiness, to them takde barrier untuk saya show my unconditional love. They always keep me smiling tak kira dalam masa senang or susah.
Well..enough for today..see ya later with other topic.


image source:www.flickr.com

TWILIGHT MOVIE



Banyak masa luang saya dimusim cuti sekolah ni..keje kat opis pon manyak rilek oo..jadi boleh la saya update entri sehari dlm 2 -3 ..tak kisah la ada org nak baca ke tak..yang penting saya boleh baca entri saya sendiri banyak-banyak kali pon takpe..mcm org gila syok sendiri ngeh ngeh..
Disebabkan busan saya pon tgk la dvd citer Twilight ni kat opis..hak hak..pedulikkan boss ..Siri pertama twilight ni saya tak tengok lagi .So saya beli la DVD yang previous one siri pertama . New Moon saya dah nengok kat panggung last week. Ramai orang kata citer ni agak slow dan lebih kepada romantik .Saya memang suka citer gini..Ada part-part yang menyentuh perasaan , romantik dan thrill skit skit , saya layannnn....
Rasanya semua orang dah tau jalan citer Twilight ni so takyah la saya citer kat sini. Apa yang best pasal Twilight ni :
  • Saya suka watak Edward Cullen (Robbert Pattinson). Pada saya dia vampire yang hot, macho,romantik,protective dan hensem.
  • Saya suka jugak watak Isabella Swan ( Kristen Stewart). She's cute, look innocent but stubborn and she is trully in love with Edward.
Saya akan tunggu siri Twilight akan datang nanti...nak tengok plak Bella kawen dengan Edward..hikhik..

FACESHOP PORE MINIMIZER CONTROLLING ESSENCE



Saya pernah beli dan pakai essence from Faceshop ni. Harga dah tak ingat berapa, kalau tak silap around rm50++. Jom kita lihat ape fungsi essence ni .
  • Sesuai untuk kulit Normal -Berminyak ( skin type: Normal to Oily)
  • Mengawal minyak berlebihan ( control excess oil build up)
  • Mengetat liang roma ( tighten pores)
  • Melembap kulit ( moisturizes pores for smoother skin)
  • Mengandungi mushroom extract 
  • Tekstur yang ringan dan bau yang lembut 
Okay ke tak essence ni?
Sesuai untuk yang berkulit sensitif macam saya . No rashes, no itchiness, kulit terasa lembut dan bila pakai takde nampak kesan berminyak atau berkilau pada muka. Senang meresap pada kulit sebab tekstur ringan. Saya beli essence ni sbb nak cuba kecilkan pori-pori muka saya yang besar ni. Setelah sebulan pakai, ada nampak sedikit sahaja perubahan pada pori itupun lepas masa apply saja.Lama-lama pori dah besar balik. Pada saya, essence tersebut kurang efektif untuk menutup liang roma pada kulit cuma ia lebih kepada melembutkan dan melembapkan kulit sahaja. Saya suka pakai ni sbb baunya yang begitu lembut dan menenangkan ..chewahh...pasni dh tak beli lagi la essence ni..maybe kene try essence lain plak..sbbnya harga agak mahal dan kurang berkesan.

ANEKA PETUA UNTUK PENJAGAAN DIRI

Saya suka dan enjoy membaca majalah yang ade kaitan dengan kewanitaan,kecantikan, fesyen , resipi dan jugak gossip-gossip ni. Ada orang kata buat ape nak baca semua benda alah tu ..sbbnya tak mengembang mindala kununnya .Tapi saya tak kisah pon. Yang penting saya suka dan hilang stress bila baca benda-benda ni semua. Yela takkan la setiap masa nak baca pasal politik la, ekonomi la, isu semasa la..haiyoo busannn sungguh..Tau-tau skit dah la kan. Majalah mingguan wanita antara majalah yang saya kerap beli dan baca dari dulu sampai la sekarang ni. Selain tuh Cleo pon sama gakla. Kadang tuh bukannya saya baca sgt pon tapi saya suka belek belek gambar je. Anyway, ni saya nak kongsi skit petua-petua dari Majalah MW yang saya simpan jadi arkib koleksi untuk rujukan saya. Antaranya…


Turunkan berat badan- Amik buah delima muda. Kikis kulit buah tu dan kisar dengan secubit garam dan setengah gelas air. Tapis air tersebut dan sejukkan dalam peti sejuk.Minum air kulit buah delima tu selepas makan tengahari seminggu sekali . Saya tak pernah lagi try petua ni sbbnya payah nak carik buah delima..mesti rasa pahit gak nie ..erkk hehe…



Naikkan seri muka- Try guna daun teh. Daun teh juga untuk menghilangkan kedut di wajah. Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang dah direndam. Sapu kemuka dan bilas selepas 10 minit. Selain tu boleh jugak try guna putih telur, sapu ke muka , bilas selepas 10 minit. Guna seminggu sekali. Petua ni saya pernah cuba. Memang nampak beza tapi kena la amalkan selalu. Macam saya jenis mood kejap rajin kejap malas ..sooo..paham-paham jela ye hehe…




 
Hilang bengkak dan hitam bawah mata- Parut timun dan sengkuang Cina hingga hancur. Kemudian rendam dengan serbuk teh. Sapukan dibawah mata dan ulang selama seminggu. Saya pon ada masalah dengan eye bag ni . Buruk la rupa kalo ade eye bag ni..nampak sembap je dah la mata saya ni sepet..Nanti saya nak jugak la try petua ni. Selama ni saya just guna eye gel yang di beli kat pasaraya je.Cepat dan senang bagi orang yg kurang rajin mcm saya ni.. Ada yang berkesan sikit dan nampak gak perubahan dan ada tu  takde effect langsung. So try n error la kan…baru tau effect nye..


Hilangkan sakit di tumit-Macam kes ni kalo berdiri lama sangat. Ambil 3 helai daun sirih dan ramas bersama gambir (anda tau tak gambir ?..kat Sarawak byk).Sapukan pada tumit 2 kali sehari. Saya ingat saya tau nape kene ramas dengan gambir ..sbbnya gambir ni utk hilangkan kebas…:)


Lain-lain petua nanti sambung lagi …akan datang ….

10 TIPS FOR OUR HOME

pic fm google

Now lets share together some interesting and beneficial tips that we can use and practice in our own house. Most of the stuff  are  easy to get and it’s cheap too. I guess those tips can help us a lot. So here are the 10 tips…
  • We can use soda ash or sodium carbonate (bikarbonat soda) for a multi purpose cleaner agent. Mix a tablespoonful of soda and mix with 2 cups of water. Place it on the spray bottle and use it as you would with any commercial spot cleaner.
  • You can use olive oil and vinegar (distilled vinegar) to polish your furniture. Use a part of distilled vinegar and three parts of olive oil ,then add a little bit of lemon oil. Mix it then starts polish .
  • If you have difficulties to open jars, you can try to use latex dishwashing gloves.They give a non slip grip .
  • If you got stains on your finger then try to slice and rub potato on the stains and rinse with water.
  • To prevent egg shell from cracking, add a pinch of salt to the water before hard-boiling.
  • If you accidentally over salt a dish while it is still cooking, you can drop in a peeled potato. It helps to absorb the excess salt instantly.
  • Putting 3-4 cloves( bunga cengkih) in the sugar container will keep the ants away.
  • To ripen fruits you can wrap them in newspaper and put in a warm place for 2-3 days
  • To keep the green and red chillies fresh for a longer time, make sure remove the stems before storing.
  • To keep away cockroaches from our house , we can put some boric powder in the kitchen corners or other place.

SARDINE PUFF



Last Sunday I had my breakfast with this simple and easy baked sardine puff. It only took around 20-30 minutes to bake. Semua saya main campak-campak aje. Here goes the ingredients:

Ingredients:
1 packet of frozen “Kawan”pastry puff – consist of 10 pieces (size 4”x4”)
1 medium can of sardine – mashed
2-3 red chillies- chopped
1-2 tsp lime juice
2-3 tsp chilli sauce
1 holland onion- dized
1 garlic –chopped
Pepper
Salt
1-2 tsp of vegetable oil
1 egg
Mix vegetable

Directions:
1. Preheat oven at 190 degree celcius for 15-20 minutes
2. Defrost the pastry then cut it into 2 parts.

To prepare the filling:
1. Heat oil in a pan or wok
2. Saute garlic, red chillies,onions until fragrant
3. Add sardines and stir fry until fragrant.
4. Add mix vegetables, chilli sauce, lime juice, pepper, and salt.
5. Stir fry it until all the ingredients well combine. Dish out and cool it

How to combine the pastry and the filling:
Cut 1 pieces of pastry into 2 parts
Put a half part of the pastry aside ( to cover the top). And the other part is to put the sardine’s filling. Put a tablespoon of the filling in the centre of the pastry. Then cover the top by using the other part of the pastry. Use a fork to seal and combine both parts by pressing down all the edges. After that brush a little bit of egg on top of the pastry.
Bake  in the oven for about 20-30 minutes.

THEN SUDAH SIAP BOLEH MAKAN..MAKE SURE SEJUKKAN DULU …
UR SARDINE PUFF CRISPY AND TASTY..TRY IT!!!

MAYBELLINE CLEAR SMOOTH EXTRA SHINE FREE POWDER FOUNDATION


p/s:sorry the pic quality is not good 

Last week, i went to carefour nearby my office and i got myself a CLEAR SMOOTH EXTRA SHINE FREE POWDER FOUNDATION. Sememangnya takde intention nak beli this stuff  tapi bila dah belek-belek rasa macam nak try je. So without fikir panjang saya pun grabbed je.Lagipun busan jugak slalu pakai powder foundation yang sama je. Anyway harga murah jugak ..about rm19.++
Okay mari kita tengok kaji skit-skit pasal bedak ni..okay ke tak?..
Ciri-ciri produk ni..
  • bekas bulat yang leper
  • senang bawak kemana aje (boleh letak dalam medium small pouch)
  • mengawal minyak serta menyerap minyak,menghilang kesan berkilat pada muka anda
  • bedak bersifat mikro yang boleh melawan peluh, panas atau berlengas so that muka anda tidak nampak berkilat ( muka saya pon boleh tahan jugak berminyak nye, tapi bedak ni okay jugak bila guna sebab muka pon takde la nampak berkilat sangat)
  • tekstur halus ringan dan lembut 
  • tekstur padat yang boleh menutup kulit yang tidak sempurna
  • yang penting skali..-> ada perlindungan UVA-UVB:SPF20/PA+++ meaning ia melindungi kulit daripada sinaran UV
  • warna bedak ni ada byk saya jumpa 2 ni  : Natural and Nude Beige ( saya punya Nude Beige) warna-warna tersebut mmg direka khas untuk kulit orang Asia.
  • ia bebas pewangi-bebas minyak dan tanpa komedogenik
  • sesuai untuk kulit sensitif sebabnya ia tidak menyumbat liang roma
  • telah diuji secara dermatologi dan diuji untuk kesan alahan
  • last sekali ...harga murah dan berpatutan ..not more than RM20 pon..
REVIEW saya pasal bedak ini:
  • Bedak ni mmg mengawal muka berminyak dan bila pakai berjam-jam pon muka tak nampak berkilat. Saya dah pakai almost 5 hours kat muka tapi still nampak matte. Selama saya pakai bedak ni takde jugak kulit saya alah , takde merah-merah, gatal-gatal dan takde jugak breakout. Jerawat pon takde tumbuh ni. So berpuashati jugak la pada part itu. Tekstur bedak pun padat dan halus so bila pakai muka pon nampak licin dan berseri. Sesuai untuk menutup segala cela yang ade dimuka. Tapi kalau takleh nak tutup jugak tuh kene la guna concealer ek..
  • Apa yang tak puas hati cuma satu je..Die punya sponge/span bedak tu terlalu nipis mcm payah je nak pakai sapu kat muka..nampak gayanya mmg kene carik span lain la..baru la senang skit nak buat keje menyapu muka ni..
p/s: itu saja buat hari ini..nanti gamba bedak sy upload ..till then bye..

PETUA JAGA KULIT

Saya mmg suka sangat membaca segala jenis petua kecantikan.Tak kira la dekat majalah ke, surat khabar ke, atau internet. Tanya kat orang –orang yg berpengalaman pon saya suka…Bukan ape..semua orang nak jadi cantikkan??Sama jugak la dgn saya..kalo tak cantik pon tapi atleast kene gak tau cara-cara nak jaga badan ke muka ke..so that takdela nampak sangat tua sebelum waktu kan.?? Selalu nya kalau saya rasa petua tu macam boleh guna je..saya terus la cuba..adakalanya  saya suka dan ade jugak kurang skit la ..bukan ape ade gak petua- petua ni melecehkan skit. Saya ni jenis yang suke benda simple dan cepat je...So kat sini saya nak jugak la kongsi antara petua- petua yang pernah saya cuba dr internet ni ..yang mana saya kire ade gak la. Nampak kesan dan perubahan nya ..ok kita mula dari :
  • Untuk mencerah, menegang dan menghaluskan kulit
- setengah genggam kacang hijau dikisar sehingga halus (jadi cam tepung / serbuk)
- then serbuk kacang hijau tuh dicampurkan dengan air atau yogurt atau madu (buat mcm jadi paste )
- lumurkan atas muka sebagai mask atau topeng selama 20-30 minit or sampai kering skit.
- Last bilas dgn air bersih.

pic fm google - kacang hijau


  • Untuk melembut dan melembapkan kulit yang kasar dan kering
- Amik sesudu madu (kalau nak campurkan dengan limau nipis pon boleh) lumurkan ke muka sebagai masker. Biarkan selama setengah jam  kemudian bilas dengan air suam sampai bersih.
- Saya pernah mencuba petua tersebut dan mmg ternyata berkesan. Kulit saya yang kering dan gatal merah dah jadi elok dan beransur pulih gak.



pic fm google- madu lebah
Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top IN THE NAME OF BEAUTY. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.