Aku tahu Pak Su begitu menyayangi baju putih pemberian teman wanitanya. Tiada siapa pun boleh memegang baju tersebut bahkan membasuh baju itu sekalipun. Semua urusan mengurus baju tersebut dibuat oleh Pak Su sendiri. Pak Su memang jenis panas baran orangnya. Sejak kematian ibubapaku dalam kemalangan, Pak Su lah yang menjaga aku selama 3 tahun ini. Pak Su merupakan adik lelaki bongsu tunggal kepada arwah ibuku. Tiada saudara yang lain hanya arwah ibu dan Pak Su saja. Manakala arwah ayah ku adalah anak tunggal yatim piatu.
Mahu tak mahu tiada pilihan lain selain dari Pak Su untuk menjaga aku selama ini.
Aku sedar kehadiran aku banyak mengganggu hidup Pak Su. Bebanan yang ditanggungnya untuk membesarkan aku dan menyara aku kerap kali telah menimbulkan tekanan dan ketegangan pada dirinya. Kerap kali aku dicemuh dengan kata-kata kasar dan keji maki jika aku melakukan sesuatu yang tidak kena pada mata Pak Su walaupun pada ku aku tiada berbuat salah sekalipun. “Kau ni memang anak sial la!..nape la ko tak mati sekali dengan mak bapak ko dulu..menyusahkan hidup aku je..!!!”,kata-kata itu selalu bermain dimulut Pak Su.
Walaupun aku anak saudara sedaging sedarah Pak Su namun aku tak pernah merasa diriku dilayan sebagai anak saudaranya ,bahkan aku diperlakukan seperti hamba abdinya. Aku telah dipaksa untuk membuat segala kerja rumah sedangkan ada diantara kerja-kerja itu begitu berat untuk aku lakukan berbanding usiaku. Tak pernah sekalipun Pak Su mengusap kepala ku untuk menunjukkan kasih sayangnya atau mengajak aku duduk bersama berborak seperti orang lain. Yang selalu aku terima adalah cacian, herdikan, tamparan dan pukulan. Aku tidak berani melawan malahan aku tiada kudrat untuk mempertahankan diriku yang kecil ini. Kadang kala aku begitu rindukan kasih sayang dari Pak Su sendiri.
Suatu hari Pak Su datang ke arahku dan berkata.."Haa Ain gosok baju Pak Su nih licin-licin, Pak Su taknak tengok baju ni ko gosok ada kedut satu pon..gosok cepat sikit ,nak pakai jap lagi nih..paham tak?”..Aku terus mengambil baju tersebut dari Pak Su dan mula menggosok. Sebelum ini tak pernah lagi Pak Su membenarkan aku memegang baju kesayangan dia tu. Tengah menggosok tetiba terdengar jeritan Pak Su,” Hoi budak bengap berapa lama lagi ko nak gosok baju aku tu ha??!!”. Aku dengan keadaan kelam kabut dan takut terus menggosok baju putihnya dengan pantas sehingga lupa untuk mengawal kepanasan seterika. Terus dengan tidak semena-mena baju putih Pak Su terbakar dan berlobang.
Tanpa kuduga Pak Su ada dibelakang ku ketika itu dan terus mengherdik aku, “ Jahanam punya budak!!!...ini kerja ko ye..patutla lama ko gosok baju aku rupanya ko nak perdajalkan baju aku ni kan ??!!..ambikkkkkkk ko!..rasakan lah!!..”. Seterika yang panas itu terus melekat ke muka ku. Aku terus menjerit dan menangis dalam keadaan yang amat sakit. Pak Su seperti orang telah dirasuk setan. Dalam keadaan marah dia telah mengheret aku ke luar bilik dan terus menendang perut dan dada ku berulang kali tanpa belas kasihan. Ketika itu aku hanya mampu untuk meminta maaf kepadanya. “Pak Su ,maafkan Ain ..maafkan Ain..kasihani la Ain Pak Ssuu..”.Air mata ku terus mengalir.Rayuan ku tidak dihiraukan sehinggalah Pak Su mencapai sebatang kayu panjang di dinding dan terus menghayun memukul ke kepala ku dan menghentak terus ke dadaku dengan kuat.
“Termakasih Pak Su. Ain harap hadiah baju putih yang Ain berikan dapat menggantikan baju putih Pak Su yang telah Ain rosakkan itu. Ain minta maaf banyak-banyak Pak Su sebab selama ni Ain telah banyak susahkan Pak Su. Ain akan pergi jauh buat selama-lamanya Pak Su..anggap lah hadiah dihari lahir Ain yang ke -8 ini adalah sesuatu yang begitu berharga buat Pak Su..”
Aku sungguh bahagia disini. Jiwaku tenang dan aman. Tidak pernah aku merasa segembira dan setenang begini bersama-sama dengan kedua ibubapaku yang telah aku rindukan selama ini. Kini aku jauh pergi meninggalkan Pak Su.
Terimakasih Pak Su . Inilah hadiah yang paling berharga yang pernah aku berikan buat selama-lamanya untuk Pak Su. Semoga Pak Su akan lebih bahagia dengan hadiah baju putih dariku.
p.s.. hasil nukilan yang tidak seberapa dari mizara...peace!!