Salam semua u all, dah lama i tak update and tak visit korang punya blog. Since ada agenda baru di opis dengan tugas yang baru dan mencabar memang sudah tak berkesempatan nak blog ngeblog nih. Hopefully u all semua sihat lahh..............okay la next time jumpa lagi!..seee yaaaaaaaaaaaaaaa.........
Good Bye graphics comment
MENGAPA PERLU BERTINDAK ZALIM SEUMPAMA FIRAUN?
Posted in on 4/15/2010 10:46:00 AM by mizaraSejak kebelakangan ini perihal penderaan bayi,kanak-kanak dan wanita sering terpampang di dada akhbar. Baca tajuk akhbar pun dah cukup untuk saya membayangkan segala perilaku zalim dan kejam yang telah dilakukan terhadap mangsa-mangsa. Sungguh sedih, menyayat hati kerana selalunya setiap episod kezaliman berakhir dengan kematian.
Apakah manusia di zaman moden ini telah mewarisi kezaliman FIRAUN? Kamu kenal siapa itu FIRAUN? Mungkin ada yang sudah mengetahui dan mungkin ada yang tidak!.Walau apa pun FIRAUN adalah manusia yang bongkak, angkuh, sombong, dan penindas yang amat kejam terhadap bayi, kanak-kanak mahupun wanita!.
Apakah ada alasan-alasan yang kukuh untuk manusia bertindak kejam seperti sanggup mendera anak sendiri, isteri sendiri mahupun ahli keluarga sendiri secara fizikal?. Saya percaya pasti ada pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka yang sanggup bertindak semacam orang gila yang telah dirasuk iblis itu. Namun, walau apapun alasan-alasan yang diberikan itu, sudah pasti alasan itu tidak akan melepaskan diri mereka dari dicop sebagai PENDERA atau PEMBUNUH!.Yang pastinya tidak akan terlepas dari hukuman TUHAN satu hari nanti.
source: google
Dalam akhbar METRO hari ini, ada dua kejadian yang sadis untuk dibaca iaitu tentang seorang budak perempuan 3 tahun yang telah didera sehingga menemui ajalnya dan satu lagi tentang isteri yang telah didera oleh suaminya hampir setiap hari . Boleh rujuk sini kalau kamu tak baca lagi..http://www.hmetro.com.my/#3
Apa yang saya hendak sampaikan di sini adalah setiap manusia mempunyai akal, hati dan fikiran. Jika kita tidak mampu untuk mengawal hati dan akal secara rasional dan bersandarkan iman pasti perkara-perkara sebegini akan berlaku. Sifat amarah memang ada pada setiap manusia. Namun jangan dibiarkan amarah mengawal perilaku kita. Biarlah kita yang mengawal setiap kemarahan dalam diri. Setiap agama yang diturunkan dimuka bumi ini tidak ada yang mengajar umatnya menjadi jahat dan kejam. Maka, jagalah setiap pemberian Allah kepada kita didunia ini terutamanya anak-anak, isteri dan keluarga sebagai satu amanah yang perlu dijaga dengan baik dan sempurna.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).
PEREBUTAN LELAKI DALAM KISAH-KISAH DONGENG, EPIK DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA.
Posted in on 4/14/2010 03:43:00 PM by mizarasource: google
Berbaloi kah kalau berebut cinta seorang jejaka?
Pernahkah kamu berada di dalam situasi begini?
Adakah anda sanggup bergaduh mulut bertarik rambut,berperang, mengamuk, memaki kaum sejenis untuk berebut seorang lelaki tak kiralah samada si dia itu jejaka yang anda minat belum lagi menjadi kekasih tapi dalam proses nak memikat, atau sememangnya telah menjadi kekasih anda, atau tunangan dan mungkin SUAMI anda!!..
Al kisah perebutan lelaki bukan sahaja kita dengar dalam kehidupan seharian kita ye tak? Tetapi kisah rebut merebut ini banyak di paparkan dalam cerita dongeng, epik mahupun dalam filem, movie atau drama. Selalunya kalau dalam cerita, jejaka yang direbut dan digilai oleh para wanita tidak akan lari dari spesifikasi dan karektor seperti kacak, tegap, berani, gagah, kuat,tall, bold and dark, ..hmm ade ke yang short and tiny ehekk jangan maree eh (tu dalam filem slalunya). Patut la pelakon-pelakon yang kacak sungguh laku dipasaran yea..ehemmm..cthnya :
mungkin ada yang sanggup bermasam muka berebut jejaka seperti si dia ini..kamu??
atau sanggup bergusti sesama kaum untuk memiliki jejaka seperti ini..kamu sanggup??
kamu sanggup nak hadapi situasi win- lose, win-win atau lose-lose? yang mana satu kamu nak kalau berada dalam keadaan sedemikian?
Antara kisah-kisah yang memaparkan perebutan jejaka dikalangan kaum hawa seperti:
- KISAH PUTERI SANTUBONG DAN PUTERI SEJINJANG yang berebut PUTERA SERAPI..siap gaduh-gaduh sampai dua dua kena sumpahan. Akhirnya sorang pon tak dapat jadi awek putera itu. Sadis sungguh ..
- KISAH CINDERELLA...adik beradik tiri si cik cinderella nih sanggup la menganiaya dan mendera dia hanya sekadar untuk berebut seorang putera raja yang kacak dan gagah..tapi last-last cik cindy gak yang dapat..
-dan banyak lagi dan lagi...adakah juga seperti kisah mereka ini....
si comel ini..
LAWAN
si seksi ini...
untuk merebut...si dia ini???
and the winner is...????
Tak kisah la siapa yang menang sekali pon, tapi yang penting perlukah untuk berebut supaya dimiliki oleh seorang lelaki dengan cara yang agak kurang manis seperti bergaduh macam budak-budak,bertampar, berbunuh bagai...hmm mungkin ada kepuasan berbuat sebegitu kot....jangan sampai malukan diri sendiri udah le..betol tak??
SURATAN ATAU KEBETULAN.
Posted in on 4/08/2010 11:10:00 AM by mizaraSetiap kali mendengar lagu ini, dikala itulah juga hati dan fikiran seolah-olah melayang memikirkan tentang perjalanan hidup yang sedang ditempuh dan pelbagai peristiwa yang telah berlaku di dalam kehidupan.
Lirik lagu ini begitu dalam maksudnya bagi saya. Lagu ini juga antara lagu evergreen yang tidak jemu-jemu untuk didengar dan one of my favourite song.
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diri ku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
( Ulang Rangkap * )
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan
source lagu: kalo sesapa nak lagu ni leh download dr sini.http://www.4shared.com/get/87162130/83427034/Suratan_Atau_Kebetulan_-_Kenny.html
korang pulak bagaimana?
Subscribe to:
Posts (Atom)