SPAGHETTI BOLOGNESE



As usual..my kid's favourite menu. Spaghetti again..but this time I cooked  Spaghetti Bolognese. Apa nak buat nasik dorang tak suka sangat. Takde beza sgt dari segi ingredients..Cuma berbeza sedikit dari segi teknik masak je.

Antara bahan-bahannya:

Sepaket ANGLE HAIR spaghetti – Direbus ala dante

Bahan-bahan sos:
- 3 ulas bawang putih (didadukan)
- 1 biji bawang besar (Holland-didadukan)
- Sebotol sos spageti Kimball
- Sedikit Italian herbs
- Setengah mangkuk daging cincang
- Sedikit cheddar cheese
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk lada putih
- Secukup garam dan gula
- Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyedia spaghetti:
- Rebus Angle Hair spaghetti sebentar – ala dante kemudian ditoskan.

Cara menyedia sos:
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai naik bau.
- Masukkan daging cincang. Gaul sebentar. Kemudian masukkan sos Kimball dan gaul sebati.
- Masukkan Italian herbs, lada hitam, ada putih, gula dan garam secukup rasa.
- Masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak.
- Kemudian bila dah masak taburkan cheese ke dalam sos dan gaul.
- Bila dah sebati tuangkan sos bersama Angle Hair spaghetti..dan hidangkan.

2 comments:

Dak Wan said...
January 15, 2010 at 11:25 PM

Kalau takder sos spaghetti kimball tu nak ganti apa ye?

mizara said...
January 20, 2010 at 2:25 PM

Dak Wan - kalo xde leh ganti dengan tomato puri je..letak herbs byk skit n bawang byk skit tuk ganti..

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top IN THE NAME OF BEAUTY. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.