APA KABAR KORANG SEMUA?

Salam semua  u all, dah lama i tak update and tak visit korang punya blog. Since ada agenda baru di opis dengan tugas yang baru dan mencabar memang sudah tak berkesempatan nak blog ngeblog nih. Hopefully u all semua sihat lahh..............okay la next time jumpa lagi!..seee yaaaaaaaaaaaaaaa.........


good bye
Good Bye graphics comment


MENGAPA PERLU BERTINDAK ZALIM SEUMPAMA FIRAUN?

Sejak kebelakangan ini perihal penderaan bayi,kanak-kanak dan wanita sering terpampang di dada akhbar. Baca tajuk akhbar pun dah cukup untuk saya membayangkan segala perilaku zalim dan kejam yang telah dilakukan terhadap mangsa-mangsa. Sungguh sedih, menyayat hati kerana selalunya setiap episod kezaliman berakhir dengan kematian. 

Apakah manusia di zaman moden ini telah mewarisi kezaliman FIRAUN? Kamu kenal siapa itu FIRAUN? Mungkin ada yang sudah mengetahui dan mungkin ada yang tidak!.Walau apa pun FIRAUN adalah manusia yang bongkak, angkuh, sombong, dan penindas yang amat kejam terhadap bayi, kanak-kanak mahupun wanita!.

Apakah ada alasan-alasan  yang kukuh untuk manusia bertindak kejam seperti sanggup mendera anak sendiri, isteri sendiri mahupun ahli keluarga sendiri secara fizikal?. Saya percaya pasti ada pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka yang sanggup bertindak semacam orang gila yang telah dirasuk iblis itu. Namun, walau apapun alasan-alasan  yang diberikan itu, sudah pasti alasan itu tidak akan melepaskan diri mereka dari dicop sebagai PENDERA atau PEMBUNUH!.Yang pastinya tidak akan terlepas dari hukuman TUHAN satu hari nanti.

source: google

Dalam akhbar METRO hari ini, ada dua kejadian yang sadis untuk dibaca iaitu tentang seorang budak perempuan 3 tahun yang telah didera sehingga menemui ajalnya dan satu lagi tentang isteri yang telah didera oleh suaminya hampir setiap hari . Boleh rujuk sini kalau kamu tak baca lagi..http://www.hmetro.com.my/#3

Apa yang saya hendak sampaikan di sini adalah setiap manusia mempunyai akal, hati dan fikiran. Jika kita tidak mampu untuk mengawal hati dan akal secara rasional dan bersandarkan iman pasti perkara-perkara sebegini akan berlaku. Sifat amarah memang ada pada setiap manusia. Namun jangan dibiarkan amarah mengawal perilaku kita. Biarlah kita yang mengawal setiap kemarahan dalam diri. Setiap agama yang diturunkan dimuka bumi ini tidak ada yang mengajar umatnya menjadi jahat dan kejam. Maka, jagalah setiap pemberian Allah kepada kita didunia ini terutamanya anak-anak, isteri dan keluarga sebagai satu amanah yang perlu dijaga dengan baik dan sempurna.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).


PEREBUTAN LELAKI DALAM KISAH-KISAH DONGENG, EPIK DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA.

source: google

Berbaloi kah kalau berebut cinta seorang jejaka?
Pernahkah kamu berada di dalam situasi begini?
Adakah anda sanggup bergaduh mulut bertarik rambut,berperang, mengamuk, memaki kaum sejenis untuk berebut seorang lelaki tak kiralah samada si dia itu jejaka yang anda minat belum lagi menjadi kekasih tapi dalam proses nak memikat, atau sememangnya telah menjadi kekasih anda, atau tunangan dan mungkin SUAMI anda!!..

Al kisah perebutan lelaki bukan sahaja kita dengar dalam kehidupan seharian kita  ye tak? Tetapi kisah rebut merebut ini banyak di paparkan dalam cerita dongeng, epik mahupun dalam filem, movie atau drama. Selalunya kalau dalam cerita, jejaka yang direbut dan digilai oleh para wanita tidak akan lari dari spesifikasi dan karektor seperti kacak, tegap, berani, gagah, kuat,tall, bold and dark, ..hmm ade ke yang short  and tiny ehekk jangan maree eh (tu dalam filem slalunya). Patut la pelakon-pelakon yang kacak sungguh laku dipasaran yea..ehemmm..cthnya :
mungkin ada yang sanggup bermasam muka berebut jejaka seperti si dia ini..kamu??
atau sanggup bergusti sesama kaum untuk memiliki jejaka seperti ini..kamu sanggup??
kamu sanggup nak hadapi situasi win- lose, win-win atau lose-lose? yang mana satu kamu nak kalau berada dalam keadaan sedemikian?

Antara kisah-kisah yang memaparkan perebutan jejaka dikalangan kaum hawa seperti:
- KISAH PUTERI SANTUBONG DAN PUTERI SEJINJANG yang berebut PUTERA SERAPI..siap gaduh-gaduh sampai dua dua kena sumpahan. Akhirnya sorang pon tak dapat jadi awek putera itu. Sadis sungguh ..
- KISAH CINDERELLA...adik beradik tiri si cik cinderella nih sanggup la menganiaya dan mendera dia hanya sekadar untuk berebut seorang putera raja yang kacak dan gagah..tapi last-last cik cindy gak yang dapat..
-dan banyak lagi dan lagi...adakah juga seperti kisah mereka ini....


si comel ini..
LAWAN
si seksi ini...
untuk merebut...si dia ini???
and the winner is...????

Tak kisah la siapa yang menang sekali pon, tapi yang penting perlukah untuk berebut supaya dimiliki oleh seorang lelaki dengan cara yang agak kurang manis seperti bergaduh macam budak-budak,bertampar, berbunuh  bagai...hmm mungkin ada kepuasan berbuat sebegitu kot....jangan sampai malukan diri sendiri udah le..betol tak??



SURATAN ATAU KEBETULAN.

Setiap kali mendengar lagu ini, dikala itulah juga hati dan fikiran seolah-olah melayang memikirkan tentang perjalanan hidup yang sedang ditempuh dan pelbagai peristiwa yang telah berlaku di dalam kehidupan.
Lirik lagu ini begitu dalam maksudnya bagi saya. Lagu ini juga antara lagu evergreen yang tidak jemu-jemu untuk didengar dan one of my favourite song.


Sesuatu yang tak disangka 
Seringkali mendatangi kita 
Itukah suratan dalam kehidupan 
Atau sekadar satu kebetulan


Kita asyik membicarakan 
Persoalan hidup dan pilihan 
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan


Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan 
Mengapa sering terjadi 
Pilihan tak menepati 
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan 
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus


Pertemuan sekali ini 
Bagi diri ku amat bererti 
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

( Ulang Rangkap * )

Sesuatu yang tak disangka 
Seringkali mendatangi kita 
Itukah  suratan dalam kehidupan 
Atau sekadar satu kebetulan

source lagu: kalo sesapa nak lagu ni leh download dr sini.http://www.4shared.com/get/87162130/83427034/Suratan_Atau_Kebetulan_-_Kenny.html

korang pulak bagaimana?

SEHELAI BAJU PUTIH HADIAH BUAT PAK SU

Aku tahu Pak Su begitu menyayangi baju putih pemberian teman wanitanya. Tiada siapa pun boleh memegang baju tersebut bahkan membasuh baju itu sekalipun. Semua urusan mengurus baju tersebut dibuat oleh Pak Su sendiri. Pak Su memang jenis panas baran orangnya. Sejak kematian ibubapaku dalam kemalangan, Pak Su lah yang menjaga aku selama 3 tahun ini. Pak Su merupakan adik lelaki bongsu tunggal kepada arwah ibuku. Tiada saudara yang lain hanya arwah ibu dan Pak Su saja. Manakala arwah ayah ku adalah anak tunggal yatim piatu.

Mahu tak mahu tiada pilihan lain selain dari Pak Su untuk menjaga aku selama ini.
Aku sedar kehadiran aku banyak mengganggu hidup Pak Su. Bebanan yang ditanggungnya untuk membesarkan aku dan menyara aku  kerap kali telah menimbulkan tekanan dan ketegangan pada dirinya. Kerap kali aku dicemuh dengan kata-kata kasar dan keji maki jika aku melakukan sesuatu yang tidak kena pada mata Pak Su walaupun pada ku aku tiada berbuat salah sekalipun. “Kau ni memang anak sial la!..nape la ko tak mati sekali dengan mak bapak ko dulu..menyusahkan hidup aku je..!!!”,kata-kata itu selalu bermain dimulut Pak Su. 

Walaupun aku anak saudara sedaging sedarah Pak Su namun aku tak pernah merasa diriku dilayan sebagai anak saudaranya ,bahkan aku diperlakukan seperti hamba abdinya. Aku telah dipaksa untuk membuat segala kerja rumah sedangkan ada diantara kerja-kerja itu begitu berat untuk aku lakukan berbanding usiaku. Tak pernah sekalipun Pak Su mengusap kepala ku untuk menunjukkan kasih sayangnya atau mengajak aku duduk bersama berborak seperti orang lain. Yang selalu aku terima adalah cacian, herdikan, tamparan dan pukulan. Aku tidak berani melawan malahan aku tiada kudrat untuk mempertahankan diriku yang kecil ini. Kadang kala aku begitu rindukan kasih sayang dari Pak Su sendiri.

 Suatu hari Pak Su datang ke arahku dan berkata.."Haa Ain gosok baju Pak Su nih licin-licin, Pak Su taknak tengok baju ni ko gosok ada kedut satu pon..gosok cepat sikit ,nak pakai jap lagi nih..paham tak?”..Aku terus mengambil baju tersebut dari Pak Su dan mula menggosok. Sebelum ini tak pernah lagi Pak Su membenarkan aku memegang baju kesayangan dia tu. Tengah menggosok tetiba terdengar jeritan Pak Su,” Hoi budak bengap berapa lama lagi ko nak gosok baju aku tu ha??!!”. Aku dengan keadaan kelam kabut dan takut terus menggosok baju putihnya dengan pantas sehingga lupa untuk mengawal kepanasan seterika. Terus dengan tidak semena-mena baju putih Pak Su terbakar dan berlobang. 

Tanpa kuduga Pak Su ada dibelakang ku ketika itu dan terus mengherdik aku, “ Jahanam punya budak!!!...ini kerja ko ye..patutla lama ko gosok baju aku rupanya ko nak perdajalkan baju aku ni kan??!!..ambikkkkkkk ko!..rasakan lah!!..”. Seterika yang panas itu terus melekat ke muka ku. Aku terus menjerit dan menangis dalam keadaan yang amat sakit. Pak Su seperti orang telah dirasuk setan. Dalam keadaan marah dia telah mengheret aku ke luar bilik dan terus menendang perut dan dada ku berulang kali tanpa belas kasihan. Ketika itu aku hanya mampu untuk meminta maaf kepadanya. “Pak Su ,maafkan Ain ..maafkan Ain..kasihani la Ain Pak Ssuu..”.Air mata  ku terus mengalir.Rayuan ku tidak dihiraukan sehinggalah Pak Su mencapai sebatang kayu panjang di dinding dan terus menghayun memukul ke kepala ku  dan menghentak terus ke dadaku dengan kuat.

“Termakasih Pak Su. Ain harap hadiah baju putih yang Ain berikan dapat menggantikan baju putih Pak Su yang telah Ain rosakkan itu. Ain minta maaf banyak-banyak Pak Su sebab selama ni Ain telah banyak susahkan Pak Su. Ain akan pergi jauh buat selama-lamanya Pak Su..anggap lah hadiah dihari lahir Ain yang ke -8 ini adalah sesuatu yang begitu berharga buat Pak Su..”

 Aku sungguh bahagia disini. Jiwaku tenang dan aman. Tidak pernah aku merasa segembira dan setenang  begini bersama-sama dengan kedua ibubapaku yang telah aku rindukan selama ini. Kini aku jauh pergi meninggalkan Pak Su.

 Terimakasih Pak Su . Inilah hadiah yang paling berharga yang pernah aku berikan buat selama-lamanya untuk Pak Su. Semoga Pak Su akan lebih bahagia dengan hadiah baju putih dariku.

p.s.. hasil nukilan yang tidak seberapa dari mizara...peace!!

SESSI HIBERNATE DAH TAMAT?

Hi geng bloggers semua, almost a week blog ni tak berupdate. Bukan malas, bukan tak da idea but i just feel that i dont want to .Agaknya kan setiap kita ni memang ada masa-masa untuk hibernate, mendiamkan diri, menginvisiblekan diri. Sekali sekala macam ni best jugak rasanya. Senyap bukan bererti dah merajuk ke, kecik ati ke, stress ke, tapi just nak senyap. Itu sahaja. Ok lah sessi berhibernasi akan dicontinue semula..sapa-sapa yang ada mengetag saya itu..ehe..cik Elmo http://elmoblogspot.blogspot.com, nanti saya jawab eh dan saya pon dapat award fm cik elmo gak nih..hehe thanks so much..bangga yang amat..

Award ni special dedicate to all my fellow blogger friends..sila-sila la uoll amik award ni eh..korang memang NGETOP!!!

K U OLL ..SEE YOU LATER..BUBYE

NAK JADI MENTERI APA?


TAG DATANG LAGI DARI TK hehe..sini link beliau http://teikakawashi1.blogspot.com.ANTARA SOKLAN-SOKLAN :

No.1 Aperkah jenama Deodorant yg korang pakai skang? 
no deodorant..natural odour ahakss..

No.2 Brand ikan Sardin dalam tin yang paling digemari?
aha ayam brand paling sedap di tekak saya..




No.3 Apakah bahagian badan anda yg paling anda rasa SEKSI & SEKSA
fuhh...ntah la..seksi --jari kot, seksa --takda..syukur syukur




No.4 Aper hadiah yg paling 'HAMPEH' yg korang penah terima dr yg tersayang?
kalau tak reti nak kasik hadiah itu lah yang paling HAMPEH




No.5 Korang akan rasa diri disayangi bila.........? 
di manja, di beri perhatian ,di beri sokongan ,di hargai..


No.6 Apakah hadiah yg korang akan kasik pada bakal mak mentua pd kali pertama berjumpa
kasik garam dan gula je bleh??macam dalam citer P.Ramlee tu..ehehe..

No.7 Antara Belacan, Cencalok & Budu...yang mana lebih wangi dan sesuai dibuat perfume? (Yang mana lebih wangi dibandingkan dengan bau kentut anda)
semua tak wangi melainkan kentut sendiri ..leh buat jenama perfume BEAUTYMIZARA ..





No.8 Jenama kasut paling banyak yg anda miliki?
paling banyak takda..satu kasut satu jenama jek..





No.9 Sekiranya anda menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat & Perancang Keluarga apakah yg akan anda lakukan demi meramaikan rakyat Malaysia? Sekiranya ditawarkan anda berminat utk memegang jawatan menteri ape?
kalau saya MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT & PERANCANG KELUARGA:

-semua anak yatim dan piatu akan di carikkan satu keluarga angkat 
-kanak-kanak yang kene dera dan bayi yang kena buang akan diberi perlindungan 100 percent..ibu bapa yang mendera anak-anak mereka akan terus di beri hukuman tanpa soal siasat huhhhhh kejam tak saya?? pedulik ape aku..hee

-orang tua-tua yang dihantar oleh anak mereka ke rumah kebajikan dan ibubapa yang dah tua tapi dibiar oleh anak mereka hidup merempat  tuh..haaa siap la korang eh..korang kene bayar denda setahun rm10 ribu dan setiap bulan korang kene hantar duit kat makbapak minimum rm200 sebulan..kalo takkk..kene saman dan dipenjarakan !!..ade aku kesahhh kah kah kah..banyak je alasan korang taknak jaga orang tua korang eh..nasib laaa..

-orang-orang cacat  kurang upaya tu plak, akan diberi pekerjaan yang sesuai dan setimpal untuk mereka..saya taknak lagi tengok ada digolongan kurang upaya nih datang ke meja-meja gerai makan..sambil jual tisu sebab nak orang kasik duit ..itu bukan sahaja mengganggu..tapi saya fikir cara itu kurang sesuai pada saya..
BANYAK LAGI SENARAI NIH..TUNGGU LA NANTI SAYA JADI MENTERI BARU LEH CAKAP BYKKK..

JIKA DITAWAR UNTUK MEMEGANG JAWATAN MENTERI ..SAYA NAK MENTERI DIATAS NI LA ..LEH SAYA DERA ORG-ORG YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB NIH..

No.10 Sila Tag kepada 5 orang yang sangat anda rasa sesuai menjadi menteri di atas!
kali ni blur plak nak tag sape..sape-sape je yang rasa sesuai nak jadi menteri tu silalah jawab tag ni ye..jgn pulak rasa terbeban dengan tag ye...
-happy -happy-






FIKIR-FIKIR TAPI ...

apa nak jak di pikey oleh kerak tok kah?
ngkalinya mikir bilakah ku tok nak jadi urang ..

sori la kalo tak paham bahasa di atas..monyet tu tengah pikir bila dia nak transform jadi orang kot..

anyway bukan nak cerita pasal monyet tu..meh sini kita ..kita sesama share apa yang selalu kita fikir hari-hari tapi sampai hari ni benda  yang kita fikir tu tak ada lagi, tak muncul lagi,..camno??

biasalah manusia..tak sah la kalo bukan namanya manusia tak berfikir..tapi payah juga agaknya andai kata kita ni asik je berfikir 24 jam benda yang sama..ulang-ulang tayangan..bak kata orang Sarawak, 'pengitok'..

ada juga jenis manusia yang nak makan pun dia kene fikir 10juta kali, nak pegi makan kat mana pon 2 jam berfikir..betol tak??..hehe

adakah antara list-list tersebut dalam fikiran kamu?..just sharing eh tiada kaitan dengan saya pon.

1. bila la aku nak jadi kaya ???ada duit juta -juta dalam bank, nak ada rumah cantik, keta 4 5 bijik
- haih..camna la nak kaya kalau asik je fikir-fikir tapi takda usaha pon..

2. bila la aku nak dapat kerja yang aku suka, gaji besar, kerja pon senang?..
- haihh haihh..payahla camtu oii..bukan semua orang LUCKY..dapat apa yang dicita-cita..tapi tak mustahil juga kita akan dapat..so apa lagi dari asik duduk fikir bila nak dapat kerja..start la tulis resume ..kalau payah sangat bukak la kompeni sendiri ehek..

3. bila la badan aku nak jadi slim nih macam badan model iklan tummy trim tuh??..
-haihh camno la nak kurus ..tapi mulut asik je kunyap-kunyap makanan, pantang nengok makanan haaa ngap-ngap je kerjanya..lain la kes dengan orang yang sudah usaha macam-macam tapi badannya macam tu jugakkk..maybe sumthing wrong sumwhere kot..

4. ada gak yang fikir camni..bila la nak jadi cantik macam miss world..huhu..pipi licin cam tauhu, rambut tebal cam misai Datuk K uhukk, badan slim slender cam tepon LG choc..eheh..?
-dreamm on je la nak jadi secantik itu..unless buat plastik surgeri..dulu tak secantik mana terus jadi cantik macam DAWN YANG..ohoho..bersyukur la dengan paras rupa yang ada yea..nak cantik tak semestinya kena tukar segala muka..kalau kamu bijak mengurus diri dan penampilan,pastinya nampak cantik dan kacak..

5. yang bujang pulak slalu akan fikir ..bila la pulak aku nak ada boyfriend,ada gurlfren ni?..bla bla bla..bila la turn aku pulak nak naik pelamin nih?
-hamboii..yang tu terserah la kepada jodoh dan takdir..takleh nak cakap ape pasal bila nak kahwin ke, mati ke cerai ke..semua kerja Tuhan ..tapi kalau masih lagi sorang-sorang takda pasangan tu pesalahnya mencari..jangan la kamu duduk diam je menyorok menunggu prince charming or princess nak datang..bak kata pepatah BAGAI MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA..sampai bila-bila pon tak jatuh tu..

6. yang dah kahwin pulak akan fikir ..bila la nak ada anak? bila la nak tambah anak? jangan yang lelakinya fikir bila la nak ada bini lagi satu udah le..

7. kalau yang student pulak..mesti ada yang fikir bila la aku nak jadi sepandai dia tu dia ni..bila la nak dapat nombor satu dalam kelas, bila la nak dapat CGPA 4 flattt bagai...
-aihh aihhh..dah gik mikir camya..udah udah la fikir macam tu..dari asik je fikir macam tu siang malam ,apa kata mulakan usaha anda untuk mencapai kearah itu..kalau orang lain boleh buat ..kenapa tidak kamu? betol tak??

8. kalau yang sakit pulak akan fikir macam ni..bila la aku nak sihat macam orang lain?
- sakit adalah ujian dan dugaan dari Tuhan, bersabar banyak-banyak ..jangan fikir sangat bila nak sihat, kenapa aku kene sakit? , kenapa tidak orang lain?..andai kata banyak sangat berfikir akan buat stress..ingat..situasi stress tak elok untuk orang sakit..lagi menambahkan sakit yang ditanggung adala..fikir positif dan berdoa sentiasa kepadaNYa..usaha dan tawakkal..itu adalah yang lebih baik..betol tak monyett diatas????????haa monyet tu pon tau BETOLLLL!!!!..

9. yang frust nonggeng, putus cinta, putus kasih ke, apa-apalah dalam relationship yang tak berjaya tuh..mesti ada yang berfikir.." why this thing happened to me? why???..bila la aku nak bahagia macam kawan aku? kenapa dia buang aku..kenapa itu ini..bla bla bla.."..
-kalau bolehkan...kan kan mesti boleh laaa..kuatkan semangat dulu..dalam masa-masa kritikal pasti akan ada kemarahan, kebencian , salah menyalah, lurah dendam semua..TAPI..kalau kita fikir-fikir balik sebagai seorang yang waras, semua yang berlaku itu sudah ketentuan,bak kata orang ..ada hikmah disebalik semua berlaku..walau macam mana sekalipun kita kawal kalau sudah ditentukan akan terjadi ,memang pasti akan terjadi juga..so..JANGAN MENYALAHKAN DIRI, BELAJAR MEMAAFKAN DIRI KITA DAN ORANG, YANG  PASTI KITA MEMANG TAK AKAN DAPAT MELUPA APA YANG TELAH BERLAKU TAPI CUBA BELAJAR UNTUK MELEPASKAN ..LEPASKAN LAH PERKARA YANG BOLEH MEMBUAT KAMU TIDAK GEMBIRA..maybe kamu akan lebih bahagia ...eeheheh..ada bunyi cam kaunselor tak??

10. just nak pesan..fikir happy happy happy selalu okay..smileeee always..insyaallah ..bad things will turn to be good things..ehekkk..


CERITA EPIK MITOS DAN CERITA SEJARAH DI BUMI KENYALANG.

Sejak dari zaman kanak-kanak kita telah mendengar banyak cerita-cerita epik atau dongeng daripada ibubapa,rakan-rakan mahupun guru di sekolah. Begitu juga dengan cerita-cerita sejarah yang adakalanya kita sendiri pun pernah belajar di sekolah.Namun subjek Sejarah adalah antara kurang digemari oleh saya, sebabnya cara penyampaian guru mengajar subjek itu amat membusankan saya. Mana tak busan, takat salin nota, dengar cikgu bercakap bla bla bla..pastinya fikiran saya ketika itu sudah menerawang kemana-mana...Patutnya subjek sejarah perlu diajar dengan cara yang kreatif dan menarik so that takda la student boleh tidur dalam kelas dan hilang minat. 

Most of us kurang gemar dengan cerita epik dan sejarah. Tidak keterlaluan jika saya katakan ramai juga diantara kita yang kurang tahu tentang cerita-cerita epik dan sejarah negeri masing-masing. Begitu juga dengan saya. Namun masih tidak terlambat lagi untuk kita mengetahui dan mempelajari. Skema sik ayat-ayat saya ?? Macam ayat dalam buku aihh aihh..

Apa yang saya nak share kat sini ialah tentang sedikit sebanyak ceritera epik dan sejarah yang berlaku di Sarawak. Kalau kamu sudah tahu dengan info-info ini baguslah, kalau tidak..silalah terus membaca , kalau ada yang saya tidak masukkan disini tapi kamu tahu , silalah kongsi2 yea..aihh ingga nyawa ku maca ayat ku pun..

Ok, lets begin with....
mitos..
 ..BUJANG SENANG...
-korang kenal buaya bernama si BUJANG SENANG nih?..
sekarang ni pak bujang dah mati kene tembak,tengkoraknya ada di  Muzium Sarawak.Dulu masa hidup,dia tinggal kat Sungai Batang Lupar, Sri Aman Sarawak..ikut citer pak bujang ni adalah jelmaan seorang pahlawan IBAN yang bernama SIMALUNGUN. Dia telah dibunuh dan disumpah menjadi buaya...lalu dia pun kemudiannya bersumpah akan membunuh semua keturunan yang telah membunuhnya..haa sapa-sapa yang mati kene terkam buaya tu agaknya keturunan yang bunuh dia kot....maybe..or maybe not..

GUNUNG SANTUBONG
-asal terjadinya Gunung Santubong ini akibat dari pergaduhan dua anak dewa kayangan yang cantik iaitu PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG. Dua awek ni bergaduh sebab berebut mamat macho yang hensem dan gagah iaitu PUTERA SERAPI. Hari -hari dorang ni gaduh sebab taknak mengalah..sorang kata .."aku lagi cantik"..sorang lagi kata "aku lagi jelita"..di sebabkan geram sangat haaa...tershow off la semua martial artss yang ada., SEJINJANG dengan geram lalu menghayun aluk ke muka SANTUBONG ..terus senget muka..dan dengan gagahnya SANTUBONG terus mencapai belida lalu ditikamnya ke kepala SEJINJANG. Last-last akibat sumpahan dua awek ni telah bertukar...SEJINJANG transform jadi PULAU KERA..dan SANTUBONG pulak jadi GUNUNG ..sebab itulah nama gunung tu GUNUNG SANTUBONG....
apa pulak jadi dengan mamat macho tadi??..sebabkan dia begitu frust nonggeng dengan hal berdarah itu..dia pon telah menghilangkan diri ke gunung..iaitu GUNUNG SERAPI...ada paham??..

ALLAHYARHAM ROSLI DHOBI
-ni dah masuk citer sejarah..tulung jangan busan eh..haha
tingkatan brapa ada blaja pasal ni eh? lupakk..
ROSLI DHOBI ni seorang hero pejuang kemerdekaan negeri Sarawak daripada penjajah BRITISH. Beliau dengan beraninya telah menikam GABENOR BRITISH SARAWAK iaitu SIR DUNCAN STEWART dengan pisau beracun di Sibu masa tu. Dia ditangkap dan telah dipaksa mengaku bersalah , kalau tak ngaku mak beliau akan ditembak. Selepas di penjara di Kuching akhirnya beliau telah dihukum gantung bersama dengan 3 lagi rakan seperjuangannya. They were so brave..BRAVE HEART!!

cukup la takat ni dulu..lain-lain sambung esok lusa la..

-all pics fm google-

URANG LAKI PORET...

Apa-apa sahaja yang saya tulis di dalam blog selama ini kebanyakannya tiada menyentuh tentang hal peribadi saya mahupun insan yang lain. Hampir semua adalah topik general untuk dikongsi bersama blogger yang lain. Harap maklum...

oKAY..terus kepada tajuk di atas..sorilah kepada sesapa yang tidak paham dengan bahasa  Sarawak yang saya tulis nih yea..buat-buat paham jela korang yang tidak paham itu..kah kah kah..

Kitak urang mesti pernah jumpa ngan urang laki nak jenis poret nak mati gila ?
suka sik kitak urang mun urang laki kedak ya olah nya..? Ada jak nak dipolah urang semua nak di ambik tauk...penyakit kali nak...lom gik mun daknya dapat cerita pasal urang ya ..alulah nang kejap jak cerita ya tersebar macam dalam CNN..ya baruk channel ..network tenna nang cepatla...mulut pun kedak  tong aik jak..pernah sik tak urang nemu urang kedak ya???..Mok sik tak urang dengan urang kedak ya? wahaha

Mun rompuan tek paham la juak ..nang ramei jak rompuan poret.. tapi kalah koh rompuan oleh urang laki nak poret lebih gik dari rompuan tok..mulut nak lebih igek ..padahal mulutnya ngak jak sigek..hahaha..

Mek sik madah sapa-sapa la..tok just pakei kita kelaka jak dalam tok..suk suk bah...kei kita mukak kedei kopi tengahari tok..dah la mek tenagh boring tok ..dari tadik di opis nangga movie jak jak..tapi best juak koh mun sikda banyak gilak keja..skali skala bah..

Berbalit dengan kisah urang laki poret tek..mun kitak urang apa slalu kitak urang polah ngan urang kedak ya? Perlu sik nyumbat mulutnya dengan kayin burok?..Perlu sik nyembur mukanya ngan aik liur meloweh-loweh..aihh pa jakla bahasa mek tok....perlu sik nikam ke sungai alu kenak makan boyak?..perlu sik nyuruhnya nikah ngan seripah gila..aihh oo tedah ..idup gik sik seripah gila oo..kenal sik kitak urang ngan nyakah oo??..haha

k lah dah gik..kelak nyambung gik..ilek lok ..lapa perhut..


BILA DALAM KEADAAN TERTEKAN APA YANG PERLU DI BUAT?



STRESS?? TENSION??JIWA KACAU??PERASAAN TERTEKAN??
Bukan kamu sahaja pernah mengalami perasaan macam ni ,saya pon pernah..

Bila dalam keadaan "stress" yang pastinya tiada perasaan gembira dan ceria di hati. Saya memang tidak suka kalau dilanda rasa sedemikian. Tapi apakan daya kerap kali juga kita semua ni sebagai manusia terlepas untuk mengawal perasaan dan kurang berjaya untuk mengawal "stress" pada diri kita.

Bukan semua orang dapat menguruskan tekanan diri dengan bijak. Bacalah banyak mana buku pon pasal "how to handle stress" ke, info dalam internet ke, but still kurang berjaya juga ..pasti ada sedikit sebanyak tekanan tersebut sering membelenggu di hati kita.Tapi at least perlu juga diambil perhatian dan jangan biarkan kita terus hanyut dalam keadaan tertekan. Sekurang-kurangnya belajar untuk mengawal diri dan minda. Banyak hasil yang buruk dari yang baiknya kalau dibiarkan.

Saya pasti kamu ada cara tersendiri untuk mengawal tekanan.Adakah mungkin ini yang akan kamu lakukan?

1. Makan banyak-banyak. 
- cara tersebut tidak elok diamalkan. Yang pastinya kamu akan menjadi gemuk dengan sekelip mata..no no..

2. Tidur sepanjang hari.
-cara ini membantu menyembabkan muka dan badan kurang cergas..

3. Merokok
-siapa merokok disini?..setahu saya sesapa yang merokok kalau stress lagi banyakla kamu merokok..dorang kata bila merokok ni boleh kurangkan stress..ingat MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

4. Shopping Time!!..
-haaa..ini adalah salah satu terapi yang agak berkesan bagi saya kalau stress..hilang semua stress bila nampak dan dapat beli barang yang di idam-idamkan..kalau stress time sengkek..sekadar window shopping pon jadi laaaa..tapi adakalanya bertambah la pulak stressnya sebab tak dapat nak beli barang sebab kurang duit..huhu

5. Bersukan dan beriadah
-tak kiralah ..jogging ke,main badminton ke,lumba lari ke,lompat katak ke,main batu seremban ke...mesti boleh membantu kamu lepaskan stress..kalau nak lagi best cubalah sukan KICK BOXING, TOMOI ke, SILAT  or TINJU..pasti berbaloi-baloi..

6. Manjakan diri kamu dengan ini...
-ini saya sangat sukak!!..sesiapa yang tak pernah lagi cuba memanjakan diri dengan cara ni time-time stress ..cuba la...sungguh seronok..cubala dengan FACIAL ka, spa ke, urut ke..fuhh lega skit fikiran dan badan-badan sekali..

7. Cari hiburan dengan kawan-kawan atau keluarga..
-maybe kamu boleh juga cuba bakat sambil hilangkan stress dengan karaoke..sesapa yang suka sangat melalak tu pasti pilih cara ni la kot..ape ada hal kalau kamu takde  suara pon..sumbang sumbing pon bantai je..dah namanya karaoke..sah sah la untuk orang yang tak reti nak nyanyi macam MARIAH CAREY..kalo ada suara mantap masukla MALAYSIAN IDOL ke,BINTANG RTM ke pehh..selain tu pergi la hang out dengan geng rakan sebaya ke, family anak beranak ke ..gunalah masa untuk buat aktiviti bersama sambil menengok WAYANG..pilihlah movie yang lucu dan kelakar ..kalau boleh time stress jangan lah pilih movie hantu ke, bunuh-membunuh ke..
yang pastinya PILIHLAH HIBURAN YANG BERBENTUK POSITIF..cehhh...

8. Menyendiri..I WANT TO BE ALONE..
-mungkin ada yang suka menyendiri dan perlukan masa untuk diri sendiri bila dalam keadaan tertekan...tak kisahla apa sekali pun ..cuma jangan sampai nak bunuh diri sudahhhh...

9. DEKATKAN DIRI ANDA DENGAN...
-INI ADALAH CARA YANG PALING BERKESAN DAN BAIK ketika dalam apa jua keadaan.Sentiasa mengingati kepadaNYA..dalam keadaan senang apatah lagi dalam keadaan susah..INSYAALAH semua akan berjaya dikawal dengan mudah dan tenang. TOLL SIK? TOL BINTAWAK ya baruk TOL bak kata HAJIB..

K LAH CHAOW LOK..DAA
-all pictures credit to mr. google-

Andai kata..

Andai kata saya ada pilihan untuk menjadi...

-seekor spesis haiwan..saya teringin nak jadi seekor BURUNG HELANG. Burung jenama lain tak menarik bagi saya. Burung helang penglihatannya tajam, kuku pun boleh mencengkam mangsanya dengan kuat dan pantas..nama pon dah ala-ala ganas dan sekseii..EAGLE..Kalau jadi burung boleh terbang kemana-mana tempat kita nak pergi ..tak perlu naik MAS atau AA..tak payah bayar tiket belon..ikut je hati nak sampai ke mana..INDON? CHINA? HAWAII?..tebar sayap je boleh sampai..yang penting boleh balik Kuching tiap-tiap minggu free of charge..hee..

-andai kata saya boleh jadi sebuah kenderaan...sudah tentunya saya nak jadi kereta lumba Formula 1..wuhuuu..hebat sangat..kereta lain sorry la tak hingin ..Perdana? Honda? Toyota? semua tu..tak payah la..Kalau kereta Formula 1 ni ,boleh la saya tunjuk skill racing dekat mana-mana litar Formula 1 di dunia nih..merasala jugak saya diduduki oleh driver-driver hebat F1 seperti Schumacher ke,Button ke, Sebastian Vettel ke..uhh seronotnya..

-andai kata dipilih menjadi kasut pulak.. kompom la  nak jadi HIGH HEELS..KASUT TUMIT TINGGI..tinggi yang pastinya yang lebih dari 3 inci..surela nampak elegant dan yang penting sexxxyyy!!..inilah masanya untuk membantu model-model antarabangsa berjalan ala-ala kucing seperti Naomi Campbell ..walaupon gelap gulita kulitnya tetapi di kakinya tetap cun dan sexxy gitu..
-kalau diberi pilihan untuk jadi inner wear pulak , saya akan pilih ni ..ni..ni..kat bawah tuhhhh..haaa itula seperti dalam gambar tuh..BRA TOLAK ATAS..membuat kebajikan sekali sekala untuk kaum hawa adalah amalan yang mulia..yang menurun boleh dinaikkan..yang kecik leh dibesarkan ..tak perlu implant sana sini..bahayaaa..
-kalo perkakas dapur pulak?? saya pilih nak jadi periuk nasik ..keje rilek je ..yela masak nasik aje..takyah guna untuk masak benda lain..kalau jadi pisau kang penat la pulak ..asik je memotong itu la ini la..penat-penat!!..kang tumpul kena asah la pulak..so baik la jadi periuk nasik ajee..cepat mudah dan ringkas keje nye..kadang-kadang boleh rilek bercuti dari keje..tau bila? haaa..time -time orang taknak makan nasik ..so goyang kaki jela..hehe..
-andai kata gadget pulak?...ha haa..nak jadi GPS (GLOBAL POSITIONING SYSTEM)..berguna untuk pandu arah..bantu sesapa kaki sesat sedunia ..yang buta jalan..menjimatkan masa perjalanan dan minyak pemandu..tapi ada jugak manusia guna GPS ni sesat sentiasa je kejenya..
AND LAST BUT NOT LEAST...
andai kata dipilih menjadi alat solek wanita..MAKEUPS..tak lain tak bukan saya nak jadi LIPSTICK..
kenapa???
-sebab lipstik ni hampir semua pompuan pakai..teman rapat..
-boleh buat pompuan nampak cantik dan menarik da bomm
-bibir yang pucat boleh diserikan..bibir yang kurang mungil boleh dimungilkan..heee..
-lipstik ada banyak kaler yang menarik dan seksi..
-untung-untung boleh mencalit ke bibir artis-artis terkenal macam Nicole Kidman ke, Aishwarya Rai ke, Beyonce ke..

p.s- korang pulak kalo boleh nak jadi ape ha?

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top IN THE NAME OF BEAUTY. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.