i love you...



"i love you"
a very nice and beautiful song
by a very talented Taiwanase Singer, JOANNA WANG
she's got a great voice...
so enjoy the video clip..


sapa-sapa yang putus cintan jangan nangis eh..huhu

TAK NAK PAKAI SELUAR DALAM ...OHOOOOO...

SILA BACA..SILA BACA...

SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends. The “no-panties promotion”,being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.


Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”
“I feel it is personal,” said Ummi with a smile. “Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.” Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it. “We will know how many by Valentine’s evening.”
State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:
“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”



APALAH NAK JADI DUNIA SEKARANG NI EH? hmm NEW WORLD kunun..

Best sangat ke kalau tak pakai seluar dalam?

Sanggup ke tak pakai panties semata-mata nak tunjuk cinta sayang bagai nak rak terhadap boyfriend?

ish ish ish...siapa la ajar dorang nih...

Institut Pengajian Tinggi kat Shah Alam???? Uitm ke?? 

harap-harap bukan ...ohh  malu kalau Uitm sebabnya saya ni alumni nyer..

harap-harap jangan la budak Uitm buat perangai tak senonoh macam tu nanti..ntah apa-apa arr..

Tak payah la nak sambut Valentine ni..tak sesuai arr..

Apa agaknya sebab-sebab nak buat kempen KATAKAN TIDAK PADA SELUAR DALAM ni ye??

pendapat korang apa???

p/s: arwah nenek dulu selalu pesan.."pakai seluar dalam tak pakai masuk angin nanti lemauu..." errr..pelik betol punya pesanan..ohh nenek ku..


source:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/29/nation/5567822&sec=nation
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=464354&extra=page%3D1




JOM KE TAPPERS...hangat...

Lunch hari ni saya telah di belanja.. sungguh mengenyangkan sekali
A special lunch treat from my friend, Doki doki.. who is gonna transfer to other department..
Macam jauh sangat nak transfer tu padahal tingkat atas je..haha
anyway ..Thank You so much..

let's check it out..











Dengar-dengar MINYAK nak naik TOL pon nak naik juga..betul ke ni?bila???

Terbaca kat dalam beberapa blog ada mengatakan  harga minyak dan tol  dijangka akan naik..
Antaranya.. kadar tol lapan lebuhraya yang akan dikaji semula tahun ini ,salah satu nya adalah Tol NPE yang saya setiap hari kene lalu.. pergi balik kerja..sekarang ni tiap-tiap hari kene bayar rm1.60 sehala..total ulang alik dah rm3.20..sebulan alomost 100 gak arr..belom campur minyak lagi..haihhh..
berat tuh bagi saya , kalau naik lagi ..lagi la berat..

kalau nak baca kat sini linknya..-->http://kerajaanrakyat.blogspot.com
tak arif sangat saya nak mengulas pasal ekonomi nih..time-time study dulu pun bagai nak mabuk-mabuk memaham keluk-keluk penawaran permintaan bagai ni..

hmm..harga gula dan roti memang dah naik..tak mustahil banyak lagi benda yang akan naik lagi lepas ni..gaji jugak yang ala-ala segan nak naik banyak..huhu..

Andai kata harga tol dan minyak naik mendadak..perlu difikirkan other alternative lain untuk pengurangan kos sara diri nih ...samada..
naik Bas? naik LRT? 
atau lagi jimat  naik ....???
*
*
*
*


Really really damn annoying me..



Some people may look so decent


some people may look so naive and so innocent


look so nice, so behaved, so angel..


but then they are in disguise 


they are wearing golden black mask to cover their real attitude, real behaviour


but the fact...


they are butting into everybody's business except their own, and spying on people as if they think they are paparazzi 
constantly gossip about people 


heloo... 
mind your own business and your own life... will u????
i never bother and being busybody about yours..
please keep yourself away from my personal life 
put some respect on me as your friend..



now i get it..!! don't ever simply trust with people around us..and not even your own friend ....eventhou they r showing you with their friendly,nice , innocent face and attitude...


KENAPA LELAKI SUKAR PAMER KASIH SAYANG?





http://www.flickr.com


Ada sesetengah lelaki sukar mempamerkan kasih sayang 
....meski di hati mereka terselit perasaan tersebut..
Saya sendiri pun kurang paham..bak kata orang semakin kita belajar mengenali seseorang itu ..ada banyak lagi benda yang kita tak paham tentang mereka..
Is it too hard for u guys to show ur love to ur loved ones?
Mungkin ada lelaki yang bagi akan bagi alasan-alasan macam ni...:


" lelaki perlu tunjuk ketegasan dalam kelembutan"..perghhh...


"saya seorang yang memang tak suka nak tunjuk-tunjuk kasih sayang ni ..baik dari time bercinta sampaila kahwin"...


"eh saya lelaki,kenela jaga ego sikit as a men..tak macho arr lelaki tunjuk-tunjuk manja-manja nih.."...


"malu la saya...malu..nak tunjuk terutama depan orang ramai..ishh segan le.."


"ala takat pegang tangan depan orang tu saya tak malu..ok je..cuma kalo bab suap-suap makan depan orang ni tak pernah lagi saya buat lagi..."


"alahh..buat pe nak sibuk-sibuk tunjuk kat orang  ..kat rumah boleh tunjuk puas-puas ape.."


"saya takkan tunjuk kasih sayang saya selagi bini saya pon tak reti nak tunjuk dekat saya ..errr"


"tak tunjuk bukan bermakna tak sayang, cuma saya tak mahu orang cakap saya ngada-ngada pulak.."


"kasih sayang bukan just pegang tangan je, lebih dari tu..misalnya ingat birthday dia, jalan tanggungjawab dengan baik..bla bla bla.."


"eii geli la nak tunjuk sayang-sayang ni..cukup la buat ape yang patut je.."


"dulu time muda remaja boleh la nak jiwang tunjuk kasih sayang depan orang, sekarang ni dah tua remaja ..tak sesuai..tak sesuai.."..huhu


"saya ikut bini..kalau bini tunjuk dulu baru saya akan tunjuk ..."


"saya memang dari dulu tak pandai tak reti nak tunjuk kasih sayang ni..maybe saya kene belajar lagi kot.."


banyak dan banyak lagi alasan kot yang akan kita dengar ..


itu baru sedikit alasan kan..
bukan lelaki sahaja yang sukar nak pamer kasih sayang mereka..begitu juga dengan wanita..
masing-masing ada alasan tersendiri..dan sememangnya lelaki dan wanita banyak perbezaan..
hanya kamu saja betul-betul kenal diri kamu bagaimana orangnya..








Apa yang saya KURANG MINAT dan KURANG SUKA..


image source:www.flickr.com


- makan epal merah ..lagi suka epal hijau
- lipat baju ...lagi suka sidai baju
- cakap dekat phone lama-lama...
- orang kaki penyibuk..wa tak sibuk pasal lu..lu jangan sibuk pasal wa..
- orang kaki komplen..ada je benda nak dikomplen semua tak kena...
- makan daging ..lagi suka ayam dan ikan..
- buat kerja lambat-lambat ..semua kalo boleh siap dalam masa 10 minit je ..itu baru tangkas dan cergas haha...
- orang paksa buat apa yang tidak di suka..
- orang yang suka menuduh membuta tuli apa yang saya tidak lakukan..
- orang yang terlalu skeptical...
- orang yang terlampau sinis ..
- di soal selidik dengan banyak soalan yang remeh temeh unless kamu detektif, peguam,atau boss nak intebiu employee ..tapi kalo kene tag saya cuba jawab dengan setenang yang mungkin eh..
- driving pada waktu malam sebab saya rabun ayam..
- orang pegang rambut saya..itu merimaskan..walaupun dengan niat untuk bermanja-manja..
- orang poyo..selalu rasa dirinya best ..
- orang merokok..busuk
- kaki bola, kaki pancing , kaki motor, kaki botol, kaki disco..
- orang yang tak reti nak flush bila dah membuang segala toxicnya dalam toilet..pengotor wehh...
- lagu yang boleh buat saya pening-pening lalat..macam lagu Aril Af7 tu..ntah ape nama tajuknye..
- orang jiwang karat..boleh buat saya termuntah ...romantik biar berpada-pada..
- driver yang suka potong jalan tetiba tanpa bagi signal..ingat dia sorang je ke bayar road tax huh..
- driver yang suka buat "derg" dan terhegeh-hegeh masa nak keluarkan kereta dari parking sedangkan banyak lagi kereta berderet-deret menunggu nak masuk paking..siap la kene hornnn..
- sayur masak lemak..lagi suka sayur masak tumis atau rebus..
- milo campur gula or susu..suka milo kosong je
- customer service staff yang muka macam lepas makan taik kambing..kelat-kelat,masam mencuka, nak tengok pon rasa mcm nak lenyek dengan lesung batu ...eii tolong la senyum sikit walaupun anda lepas kene marah kat boss ke, gaduh dengan balak ke laki ke,,apa apa pon kene senyum depan customer..
- lelaki yang selamba badak suka maki ,mencerca sumpah seranah perempuan.. sungguh memalukan..
- orang yang suka kondem ..kaki kondem..kalau dia kene kondem terus melatah tak hingat...
- orang manis mulut kat depan ..tapi kat belakang makaiii..mengutuk bagai nak rak..
- bersesak-sesak kat tempat ramai orang..boleh buat saya muntah angin..
- orang selekeh serabai..sampai bulu hidung tak trim terkeluar-keluar ..
- lelaki berkuku panjang ..untuk korek apa pon sampai sekarang saya tak paham...
- orang yang suka dera budak kecik..
- orang yang tak hormat orang tua..
- orang yang caci maki alim ulama..macam si ADUKA TARUNA tuh...padan muka kena tangkap wahaha...
- orang yang suka maki maki segala ayat bombastik kesat keluar dari mulut macam si HANI TARMIZI tu..kalo marah sekalipon berpada-pada jaga kata-kata ..jangan sampai diboikot dan dibenci oleh orang..
- Azwan Ali ....dulu mulut becok laser tapi sekarang dia dah berubah ..alhamdullilah ..tapi masih lagi tak minat ...lagi suka dan minat AZNIL HJ NAWAWI...


banyak juga benda yang saya tak suka ni..hmm..manala tau satu hari nanti benda yang tak suka tu boleh bertukar menjadi suka pulak kot..harap-harap saya sentiasa tetap suka dan minat pada benda-benda yang elok sahaja..apa-apa pon saya jugak manusia biasa tak sempurna...ok la nak balik ..salam...

DULU “SHE” SEKARANG “HE”; SEKARANG “HE” DULU “SHE”…

Mereka bukan khunsa.. 
Secara azali mereka perempuan/lelaki
Tetapi kemudian menjadi lelaki/perempuan adalah pilihan mereka sendiri.
 Posting ni bukan untuk menghina, menghasut, atau mengeji sesiapa tetapi sekadar berkongsi info supaya kita lebih sedar akan diri kita sendiri.

Dulu Azizah ,sekarang Azizi…itu menunjukkan kejadian “Lelaki Transeksual” telah berlaku.
 Lahir sebagai  Kamal, membesar dikenali sebagai Kamaliah …itu menunjukkan kejadian “Wanita Transeksual” telah wujud.
 Kamu dah pahamkan apa maksud Transeksual dari gambaran yang saya telah beri tadi?..

Jom kita tengok antara insan-insan yang telah mengalami perubahan tersebut…


**Lelaki Transeksual**

Ruben Noe Coronado (kiri) bersama pasangannya Esperanza Ruiz (kanan)
Ruben dilahirkan sebagai wanita diberi nama Stephanie



Meryn Cadell adalah Canadian writer dan perfomance artist.



Buck Angel pelakon porno Amerika.



Lucas Silveira penyanyi dan pemain gitar of the rock band The Cliks.



Lou Sullivan atau nama sebenarnya Sheila Jean Sullivan, pengarang dan aktivis dari Amerika.



Hiromasa Ando, Pelumba Bot laju Jepun

**Perempuan Transeksual**

Jessie Chung  dari Malaysia.


Mohammed Fadzil atau Fatine



Sorawee Nattee (tengah),Writtorn Narapaipimol (kiri) dan Napatsawan Cholakorn (kanan) dari Thailand



Harisu adalah penyanyi , model dan pelakon dari South Korea



Winner of the Miss India Transgender pageant Karina Shalini (C) celebrates with runner ups Romi (L) and Padmini
errr errr errrrrkkk....


renung renung dan pikir-pikirkan lah....






image source:thailandtonight.blogspot.com ; ai.eecs.umich.edu; destrantalk.blogspot.com

JJSM - RESTORAN VICCHUDA & SANTAI CAFE

Restoran Vicchuda Tomyam Seafood
Lokasi: Damansara Uptown


pintu masuk restoran


restoran yang menghidangkan makanan ala-ala thai ,kalau tak silap owner restoran pon datang dari selatan Thailand..


ikan siakap masak 3 rasa


paku-pakis tumis belacan yang agak kurang sedap ditekak saya


tomyam campur..orang kata sedap sangat tomyam kat sini tapi bagi saya biasa-biasa je takda yang special sangat rasanya so so je..huhu


*****

SANTAI CAFE
Lokasi: Berdekatan dengan Tasik Sri Permaisuri


dekat tengah-tengah alam tu ada kolam ikan..





bihun ni sedap dan banyak...rasanya cukup enak


nasi ni okay so so la tastenya..tapi ayam dia kasik ala-ala hj bakhilll...


enjoy the food dan tq kepada yg murah hati membelanja saya...




KEBETULAN TERKENA..Sadis sungguh...

Kejadian terlampau yang tidak akan dilupakan sehingga saat nyanyuk akan tiba. 
       Malang sungguh saya hari itu…Saya dengan perasaan blur tapi riang membawa kaki pergi ke supermarket dekat dengan rumah saya, hanya 5 minit saja berjalan kaki. Sampai kat situ mulala sesi mencari apa-apa yang patut untuk dibeli , dalam fikiran dah siap senarai barang nih..yela memang saya tak suka nak buat list bajet-bajet memori kuat konon...bawang merah,minyak masak, cili padi, sayur bayam ,ayam, ikan ,bla bla bla.macam-macam ada….Tetiba rasa nak pergi dekat bahagian minuman dalam tin. Ingat nak  beli sebotol air 100 plus ,masa tu jugak tengah syok-syok menilik apa air tin yang best boleh di rembat nih..Macam-macam jenis air tin ada kat atas rak ..satu satu saya tengok dari bawah sampai atas..


       Saat-saat membelek menilik bagai sampai saya terpaksa duduk mencangkung almaklum la air tin tu duk kat rak bawah sekali..sambil fokus nengok label kat tin tu…tetiba kedengaran satu bunyi yang agak mengejutkan macam bunyi mercun pop pop..lagi kuat sikit dari mercun tuh..tahap volume 18 kot..bunyi yang ala –ala tak menjadi tuh..”prottttttttttttttttttttttttt pet pet..”..panjang plak tuh irama senandung dia...toleh –toleh ngam ngam kene kat muka saya !!!!...cessss…dah  kena dekat muka.. 2 inci je lagi jaraknya memang terus menepek kat muka kot..adoiiiiii..masa tu saya terus bangun ..terkebil-kebil mata saya  kejap. 


       Dia tengok muka saya..saya tengok muka dia balik aishhh…aikkk dia senyum masa tu sikit macam kerang busuk..saya time tu nak kata hangin memang dah nak berangin sepoi-sepoi jugak tapi serba salah..terus saya cakap kat dia..” APEKKKK…napa lu kentut dekat muka saya???????”….boleh pulak dia soal saya balik..”eh mana kentut??..kentut meh???..!!”..saya cakap kat die ..” yalah apek... itu tadi lu keluar bunyi protttt prottttttt tu ada bau-bau busuk tu..itu kentut maaa…” eiii apek ni kentut pun tak tau..biol saya kejap..terus die jawab..”ohh solly la moiiiiiii…saya takda tahan punya..olang tua sudah tak boleh kontrol punya..” Saya cakap balik kat apek tuh..”Apek pakai pampers bagus woo..nanti time apek nak kentut lagi ..boleh tapis itu bau sama bunyi skali ...hahaha…lagi satu apek..jangan kentut ngam-ngam dekat muka orang loo…nanti orang boleh pengsan !!.”…kesian apek tuhh huhu..


Best ke main kentut-kentut dekat orang ek?? err..

p/s: jangan amalkan sikap kentut merata-rata ..

Sesiapa yang kena TAG sila ambik perhatian!..

Saya terpaksa menjawab soalan-soalan subjektif yang telah diTAGGED oleh cik FLORENCE kepada saya ..nak tak nak kene jawab jugak...


1) Where is your cell phone?
 - in front of me ,atas meja..


2) Relationship?
 - no komen ..hahah..single not double ..huhu


3) Your hair?
 - panjang mengurai macam miss "ponti" haha..kaler cokelat  skit cam karat dawai..


4) work?
 - kerja di sebuah kompeni yang besar dan terunggul dalam malaysia..nama dirahsiakan..takut kene tangkap masuk ISA..


5) Your sisters?
 - ada 3 sisters..no brother..we all the pussycat dolls ..don't cha...haha


6) Your favorite thing?
 - i dont have one..semua benda saya suka kalau saya berminat..


7) Your dream last night?
 - mimpi kosong ..tidur lena sampai meleleh air liuq ...


8) Your favorite drink?
 - air limau suam..saya jarang minum air sejuk or air batu sebab nanti takut kene serang penyakit semput..


9) Your dream car?
 - kereta volkswagen lama yg mcm kura-kura tuh..cat kaler hitamputih polkodot..sungguh stylish dan vintage hahaha... 


10) Your shoes?
 - now i'm wearing valentino rudy heels..the only expensive shoes i ever had..tabiat suka pakai satu pasang kasut sampai buruk hancur bagai ..then baru tukar lain..maka saya takda koleksi kasut yang banyak macam artis hahaa


11) Your fears?
 - semua binatang yang berdarah sejuk..ular,cicak,cacing,pacat,lintah,cicak semua spesis tu arr..


12) What do you want to be in 10 years?
 - nak jadi MANUSIA jugak ..takmo tukar jadi serigala jadian ke alien ke..


13) Who did you hang out with last weekend?
 -hangout dengan geng-geng bersekutu ...buat sesi makan sampai terbongkang  ..


14) What are you not good at?
  haa ni banyak...kene list down ni:
 - not good at time management..selalu terlajak masa walaupun dh set alarm 
 - not good at record management..contohnya..bil-bil , surat ke ape ke..semua letak merata celah ceruk lobang mana ..saya pun tak ingat mana saya letak semua..nanti nak guna baru hegeh-hegeh nak carik..
 - not good at kitchen management..kalau masak satu dua lauk pon habis pinggan mangkuk sudu kuali bagai di guna..
 lain-lain tu ..biarlah rahsia..


15) One of your wish list items?
 - i wish mak saya sembuh dan sihat ..umur panjang amin..


16) Where you grew up?
 - KUCHING SARAWAK ..no other place..


17) Last thing you did?
 - ambik air coffee kat pantry ..


18) What are you wearing?
 - today monday ..pakai baju kurung..


19) What aren’t you wearing?
 - tak pakai mini skirt..


20) Your pet?
 - takda pet sebab kalau saya bela pet semua akan jadi arwah..


21) Your computer?
 - laptop acer 4520 jap nak ingat  ye kot model tu.. lupa ..skarang update blog guna harta syarikat ..


22) Your life?
 - life normal takda extravaganza..


23) Missing?
 - missing semua orang tersayang..


24) What are you thinking about right now?
 - thinking of mak saya...


25) Your car?
 - kereta keluaran Malaysia black Myvi..


26) Your kitchen?
 - kitchen emm..kadang-kadang kalau rajin berasap..kalau kurang rajin memang tak ditoleh langsung..hanya berjasa untuk masak air sahaja gamaknya..


27) Your favorite color?
 - putih , hitam ,pink dan purple...


28) Last time you laughed?
 -last saturday masa hangout dengan geng tengok cerita hantu Thailand yang agak kelakar..


29) Last time you cried?
 - everytime kalau fikir pasal my mum i will always cry..


31) Love?
 - no komen..hahah..cintailah orang itu sementara masih ada lagi cinta di hati kamu...bantai je ..saya bukan seorang yang JIWANG..


32) So who wants to share their ONEs?? How about?
 -anyone boleh share...but yang wajib menjawab adalah .....


5 orang jejaka terpilih...:


*Ally
*Fleecemaster
*Shafie
*DeusXmachina @erk888
*Dak Wan


5 orang dara terpilih :


*Nand
*Yuzuyu
*Asma Cullen
*Amirah Rashid
*She Mah


SELAMAT MENJAWAB DENGAN RIANG RIA..
Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top IN THE NAME OF BEAUTY. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.