Balik dari kerja tengok-tengok notis ni dah terpampang dekat dinding..aikk
Ni nak merayu kat siapa ni? Saya ke??
Bila masa pulak saya buat kerja kacau mengacau orang nih..??
Setakat ni tak pernah lagi saya jadi penyekodeng tegar .Apatah lagi nak masuk kat rumah orang ..haihhh sikda paedah eh..SAYA BUKAN PERAMPOK ..
Kesian alahai.. sampai merayu-rayu buat notis macam ini...mesti dia ni dah bengang agaknya ..
Kesian MAMAT BANGLA ni..dia duduk sefamili dengan bini dan sorang anak kecik..baru je pindah
Tapi saya jarang nampak dorang ,terserempak sekali sekala tu ada juga..
Dia siap tampal notis rayuan kat depan dinding rumah tu..
Nampak tingkap rumah dia dah kene pecah, nasib baik ada grill..
Mungkin ada para penceroboh masuk dalam rumah dia ni nak mencuri kot..sebab tu la dia terpaksa buat macam tu..
Nak harapkan pihak security ,pak guard ,abang guard ni payah juga sebab bukannya dorang boleh observe 24 hours straight..so i guess terpaksala si mamat bangla ni buat macam tu..
Risau juga saya dibuatnya sebab sekarang ni dah banyak kes-kes pecah rumah ni ..tup tup balik rumah semua benda dah takda..eiii..
Bahaya perampok-perampok sekarang ..pasang mangga besar gedabak macam gajah pon dorang leh bukak guna asid ..macam-macam hal..
So apa yang patut dibuat eh? Nak kene tampal notis rayuan macam tu jugak ke??err..kot-kot mereka yang berhati busuk ada niat nak mencuri bagai tu tiba-tiba cancel terus nak buat kerja-kerja tak bermoral tu..
Agak-agak kalau buat notis macam ni , terbantut tak dorang nak teruskan kerja-kerja jahat tu??
"Wahai korang yang ada plan cantik nak masuk rumah aku...
ohh ohh pliss pliss tolong jangan masuk dalam rumah..lepak kat luar je takpa..kat dalam rumah ,aku ada bela hantu nanti siapla korang kena sampuk ..aku tak tanggung nih....
kalau korang nak masuk jugak..ohh ohh pliss pliss jangan curi laptop aku ..karang aku tak boleh nak update blog..barang lain korang nak ambik takpa..lagipon aku bukan ada banyak harta benda pon..nak ambik tu berpada-pada la sikit jangan rembat semua oii...
last sekali nanti korang mati jangan menyesal dalam kubur eh..siapla korang kene azab dan seksaan yang berbaloi-baloi ye..
ohh plis plis plis tolong jangan curi..."
p/s:tolong abaikan tatabahasa mamat bangla tu..kesian dia..






