URANG LAKI PORET...

Apa-apa sahaja yang saya tulis di dalam blog selama ini kebanyakannya tiada menyentuh tentang hal peribadi saya mahupun insan yang lain. Hampir semua adalah topik general untuk dikongsi bersama blogger yang lain. Harap maklum...

oKAY..terus kepada tajuk di atas..sorilah kepada sesapa yang tidak paham dengan bahasa  Sarawak yang saya tulis nih yea..buat-buat paham jela korang yang tidak paham itu..kah kah kah..

Kitak urang mesti pernah jumpa ngan urang laki nak jenis poret nak mati gila ?
suka sik kitak urang mun urang laki kedak ya olah nya..? Ada jak nak dipolah urang semua nak di ambik tauk...penyakit kali nak...lom gik mun daknya dapat cerita pasal urang ya ..alulah nang kejap jak cerita ya tersebar macam dalam CNN..ya baruk channel ..network tenna nang cepatla...mulut pun kedak  tong aik jak..pernah sik tak urang nemu urang kedak ya???..Mok sik tak urang dengan urang kedak ya? wahaha

Mun rompuan tek paham la juak ..nang ramei jak rompuan poret.. tapi kalah koh rompuan oleh urang laki nak poret lebih gik dari rompuan tok..mulut nak lebih igek ..padahal mulutnya ngak jak sigek..hahaha..

Mek sik madah sapa-sapa la..tok just pakei kita kelaka jak dalam tok..suk suk bah...kei kita mukak kedei kopi tengahari tok..dah la mek tenagh boring tok ..dari tadik di opis nangga movie jak jak..tapi best juak koh mun sikda banyak gilak keja..skali skala bah..

Berbalit dengan kisah urang laki poret tek..mun kitak urang apa slalu kitak urang polah ngan urang kedak ya? Perlu sik nyumbat mulutnya dengan kayin burok?..Perlu sik nyembur mukanya ngan aik liur meloweh-loweh..aihh pa jakla bahasa mek tok....perlu sik nikam ke sungai alu kenak makan boyak?..perlu sik nyuruhnya nikah ngan seripah gila..aihh oo tedah ..idup gik sik seripah gila oo..kenal sik kitak urang ngan nyakah oo??..haha

k lah dah gik..kelak nyambung gik..ilek lok ..lapa perhut..


BILA DALAM KEADAAN TERTEKAN APA YANG PERLU DI BUAT?



STRESS?? TENSION??JIWA KACAU??PERASAAN TERTEKAN??
Bukan kamu sahaja pernah mengalami perasaan macam ni ,saya pon pernah..

Bila dalam keadaan "stress" yang pastinya tiada perasaan gembira dan ceria di hati. Saya memang tidak suka kalau dilanda rasa sedemikian. Tapi apakan daya kerap kali juga kita semua ni sebagai manusia terlepas untuk mengawal perasaan dan kurang berjaya untuk mengawal "stress" pada diri kita.

Bukan semua orang dapat menguruskan tekanan diri dengan bijak. Bacalah banyak mana buku pon pasal "how to handle stress" ke, info dalam internet ke, but still kurang berjaya juga ..pasti ada sedikit sebanyak tekanan tersebut sering membelenggu di hati kita.Tapi at least perlu juga diambil perhatian dan jangan biarkan kita terus hanyut dalam keadaan tertekan. Sekurang-kurangnya belajar untuk mengawal diri dan minda. Banyak hasil yang buruk dari yang baiknya kalau dibiarkan.

Saya pasti kamu ada cara tersendiri untuk mengawal tekanan.Adakah mungkin ini yang akan kamu lakukan?

1. Makan banyak-banyak. 
- cara tersebut tidak elok diamalkan. Yang pastinya kamu akan menjadi gemuk dengan sekelip mata..no no..

2. Tidur sepanjang hari.
-cara ini membantu menyembabkan muka dan badan kurang cergas..

3. Merokok
-siapa merokok disini?..setahu saya sesapa yang merokok kalau stress lagi banyakla kamu merokok..dorang kata bila merokok ni boleh kurangkan stress..ingat MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

4. Shopping Time!!..
-haaa..ini adalah salah satu terapi yang agak berkesan bagi saya kalau stress..hilang semua stress bila nampak dan dapat beli barang yang di idam-idamkan..kalau stress time sengkek..sekadar window shopping pon jadi laaaa..tapi adakalanya bertambah la pulak stressnya sebab tak dapat nak beli barang sebab kurang duit..huhu

5. Bersukan dan beriadah
-tak kiralah ..jogging ke,main badminton ke,lumba lari ke,lompat katak ke,main batu seremban ke...mesti boleh membantu kamu lepaskan stress..kalau nak lagi best cubalah sukan KICK BOXING, TOMOI ke, SILAT  or TINJU..pasti berbaloi-baloi..

6. Manjakan diri kamu dengan ini...
-ini saya sangat sukak!!..sesiapa yang tak pernah lagi cuba memanjakan diri dengan cara ni time-time stress ..cuba la...sungguh seronok..cubala dengan FACIAL ka, spa ke, urut ke..fuhh lega skit fikiran dan badan-badan sekali..

7. Cari hiburan dengan kawan-kawan atau keluarga..
-maybe kamu boleh juga cuba bakat sambil hilangkan stress dengan karaoke..sesapa yang suka sangat melalak tu pasti pilih cara ni la kot..ape ada hal kalau kamu takde  suara pon..sumbang sumbing pon bantai je..dah namanya karaoke..sah sah la untuk orang yang tak reti nak nyanyi macam MARIAH CAREY..kalo ada suara mantap masukla MALAYSIAN IDOL ke,BINTANG RTM ke pehh..selain tu pergi la hang out dengan geng rakan sebaya ke, family anak beranak ke ..gunalah masa untuk buat aktiviti bersama sambil menengok WAYANG..pilihlah movie yang lucu dan kelakar ..kalau boleh time stress jangan lah pilih movie hantu ke, bunuh-membunuh ke..
yang pastinya PILIHLAH HIBURAN YANG BERBENTUK POSITIF..cehhh...

8. Menyendiri..I WANT TO BE ALONE..
-mungkin ada yang suka menyendiri dan perlukan masa untuk diri sendiri bila dalam keadaan tertekan...tak kisahla apa sekali pun ..cuma jangan sampai nak bunuh diri sudahhhh...

9. DEKATKAN DIRI ANDA DENGAN...
-INI ADALAH CARA YANG PALING BERKESAN DAN BAIK ketika dalam apa jua keadaan.Sentiasa mengingati kepadaNYA..dalam keadaan senang apatah lagi dalam keadaan susah..INSYAALAH semua akan berjaya dikawal dengan mudah dan tenang. TOLL SIK? TOL BINTAWAK ya baruk TOL bak kata HAJIB..

K LAH CHAOW LOK..DAA
-all pictures credit to mr. google-

Andai kata..

Andai kata saya ada pilihan untuk menjadi...

-seekor spesis haiwan..saya teringin nak jadi seekor BURUNG HELANG. Burung jenama lain tak menarik bagi saya. Burung helang penglihatannya tajam, kuku pun boleh mencengkam mangsanya dengan kuat dan pantas..nama pon dah ala-ala ganas dan sekseii..EAGLE..Kalau jadi burung boleh terbang kemana-mana tempat kita nak pergi ..tak perlu naik MAS atau AA..tak payah bayar tiket belon..ikut je hati nak sampai ke mana..INDON? CHINA? HAWAII?..tebar sayap je boleh sampai..yang penting boleh balik Kuching tiap-tiap minggu free of charge..hee..

-andai kata saya boleh jadi sebuah kenderaan...sudah tentunya saya nak jadi kereta lumba Formula 1..wuhuuu..hebat sangat..kereta lain sorry la tak hingin ..Perdana? Honda? Toyota? semua tu..tak payah la..Kalau kereta Formula 1 ni ,boleh la saya tunjuk skill racing dekat mana-mana litar Formula 1 di dunia nih..merasala jugak saya diduduki oleh driver-driver hebat F1 seperti Schumacher ke,Button ke, Sebastian Vettel ke..uhh seronotnya..

-andai kata dipilih menjadi kasut pulak.. kompom la  nak jadi HIGH HEELS..KASUT TUMIT TINGGI..tinggi yang pastinya yang lebih dari 3 inci..surela nampak elegant dan yang penting sexxxyyy!!..inilah masanya untuk membantu model-model antarabangsa berjalan ala-ala kucing seperti Naomi Campbell ..walaupon gelap gulita kulitnya tetapi di kakinya tetap cun dan sexxy gitu..
-kalau diberi pilihan untuk jadi inner wear pulak , saya akan pilih ni ..ni..ni..kat bawah tuhhhh..haaa itula seperti dalam gambar tuh..BRA TOLAK ATAS..membuat kebajikan sekali sekala untuk kaum hawa adalah amalan yang mulia..yang menurun boleh dinaikkan..yang kecik leh dibesarkan ..tak perlu implant sana sini..bahayaaa..
-kalo perkakas dapur pulak?? saya pilih nak jadi periuk nasik ..keje rilek je ..yela masak nasik aje..takyah guna untuk masak benda lain..kalau jadi pisau kang penat la pulak ..asik je memotong itu la ini la..penat-penat!!..kang tumpul kena asah la pulak..so baik la jadi periuk nasik ajee..cepat mudah dan ringkas keje nye..kadang-kadang boleh rilek bercuti dari keje..tau bila? haaa..time -time orang taknak makan nasik ..so goyang kaki jela..hehe..
-andai kata gadget pulak?...ha haa..nak jadi GPS (GLOBAL POSITIONING SYSTEM)..berguna untuk pandu arah..bantu sesapa kaki sesat sedunia ..yang buta jalan..menjimatkan masa perjalanan dan minyak pemandu..tapi ada jugak manusia guna GPS ni sesat sentiasa je kejenya..
AND LAST BUT NOT LEAST...
andai kata dipilih menjadi alat solek wanita..MAKEUPS..tak lain tak bukan saya nak jadi LIPSTICK..
kenapa???
-sebab lipstik ni hampir semua pompuan pakai..teman rapat..
-boleh buat pompuan nampak cantik dan menarik da bomm
-bibir yang pucat boleh diserikan..bibir yang kurang mungil boleh dimungilkan..heee..
-lipstik ada banyak kaler yang menarik dan seksi..
-untung-untung boleh mencalit ke bibir artis-artis terkenal macam Nicole Kidman ke, Aishwarya Rai ke, Beyonce ke..

p.s- korang pulak kalo boleh nak jadi ape ha?

LELAKI YANG MACAM MANA BOLEH BUAT ANDA BAHAGIA?

Setiap perempuan pasti menginginkan seorang lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Selain daripada persoalan jodoh yang telah ditentukan saya pasti setiap perempuan ada citarasa tersendiri dalam memilih pasangan mereka.Tak salah pun sekiranya sudah ada senarai-senarai karektor lelaki dalam fikiran untuk dijadikan calon pasangan hidup.Lagipun pemilihan-pemilihan karektor tersebut menyumbang kepada faktor kebahagiaan dalam hidup bersama. Adakah mungkin ciri-ciri lelaki yang tersebut boleh membuat anda bahagia??

1. Lelaki yang kacak, bergaya ala-ala Hans Isaac ni tapi poket tak berapa mewah..ala-ala makan gaji je..tahap pegawai tadbir dan executive biasa..time-time tengah bulan dah sengkek..
2. Lelaki yang kurang kekacakannya tapi poket menimbun-nimbun $rm$$$ ,cakap je nak ape..BEG LV? HOLIDAY KE PARIS,JEPUN? NAK HELIKOPTER? SEMUA BOLEHHH..adehhh..actually tak sampai hati nak cakap..bukan ngutuk adududu...just nak mendescribe je ..huhu..
3. Lelaki yang soleh, beriman ,beribadat 24 jam ..kerja hanya untuk berdakwah..ala-ala macam Tabligh gitu.. (gambar diatas contoh je okay..)duduk kat masjid 20 jam sehari..di bibirnya hanya menyebut "ALLAHHU AKBAR"..!!ASTAGAA..
4. Lelaki yang penyayang dan suka kepada budak-budak, suka kepada haiwan dan juga alam persekitaran.
5. Lelaki yang pendiam, tak suka membebel, bercakap bila perlu saja.
"awak nak makan mee?"..dia jawab .."YES".."awak nak saya lempang?"..dia jawab "NO"..
6. Lelaki yang romantik, tapi tak suka budak-budak. "I want u only daling but not kids"...
7. Lelaki yang cerewet, semua nak "perfect"...makan kene berhidang, baju Tshirt pon nak kene gosok, buku kene tersusun rapi..rumah mesti bersih satu butir sampah pon dia tak nak tengok..semua la mesti sempurna gamaknya.
8. Lelaki yang gila bola, gila game,gila pancing,gila motor ..semua la gila..semua tahap exstrem bukan sederhana..sikit-sikit cerita pasal bola..skit skit bukak TV tengok bola..
9. Lelaki yang suka duduk bawah ketiak MAK..sikit-sikit ada masalah tepon mak..gadoh sikit tepon mak, nak buat itu ini cakap kat mak..semua mak..mak..kalau tak bagi tahu takut kene marah dengan mak..

10. Lelaki yang lucu dan kelakar. Tengok muka je dah nak gelak..bila dia marah pon orang gelak..
11. Lelaki yang pengongkong dan kuat cemburu tapi banyak duit. Itu tak boleh ini tak boleh, asik-asik menelepon tanya kat mana, dengan sapa, bila nak balik, kenapa, mengapa ..dan penuh prasangka ..huhu
12. Lelaki metroseksual..tak kiralah hensem ke tak rupanya..tapi dia jaga penampilannya 24 jam..nak tidur pon gamaknya mesti pakai krim malam..
13. Lelaki yang sederhana rupa, sedap mata memandang, beriman, bertanggungjawab,menghargai pasangannya dan tak mengharap pasangannya untuk menjadi seperti apa yang dia nak.

YANG MANA SATU PILIHAN KAMU? TERPULANGLAH SEBAB SETIAP ORANG ADA PILIHAN DAN CITARASA SENDIRI YANG PENTING KAMU BAHAGIA DENGANNYA HEHE..

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top IN THE NAME OF BEAUTY. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.