source: google
Berbaloi kah kalau berebut cinta seorang jejaka?
Pernahkah kamu berada di dalam situasi begini?
Adakah anda sanggup bergaduh mulut bertarik rambut,berperang, mengamuk, memaki kaum sejenis untuk berebut seorang lelaki tak kiralah samada si dia itu jejaka yang anda minat belum lagi menjadi kekasih tapi dalam proses nak memikat, atau sememangnya telah menjadi kekasih anda, atau tunangan dan mungkin SUAMI anda!!..
Al kisah perebutan lelaki bukan sahaja kita dengar dalam kehidupan seharian kita ye tak? Tetapi kisah rebut merebut ini banyak di paparkan dalam cerita dongeng, epik mahupun dalam filem, movie atau drama. Selalunya kalau dalam cerita, jejaka yang direbut dan digilai oleh para wanita tidak akan lari dari spesifikasi dan karektor seperti kacak, tegap, berani, gagah, kuat,tall, bold and dark, ..hmm ade ke yang short and tiny ehekk jangan maree eh (tu dalam filem slalunya). Patut la pelakon-pelakon yang kacak sungguh laku dipasaran yea..ehemmm..cthnya :
mungkin ada yang sanggup bermasam muka berebut jejaka seperti si dia ini..kamu??
atau sanggup bergusti sesama kaum untuk memiliki jejaka seperti ini..kamu sanggup??
kamu sanggup nak hadapi situasi win- lose, win-win atau lose-lose? yang mana satu kamu nak kalau berada dalam keadaan sedemikian?
Antara kisah-kisah yang memaparkan perebutan jejaka dikalangan kaum hawa seperti:
- KISAH PUTERI SANTUBONG DAN PUTERI SEJINJANG yang berebut PUTERA SERAPI..siap gaduh-gaduh sampai dua dua kena sumpahan. Akhirnya sorang pon tak dapat jadi awek putera itu. Sadis sungguh ..
- KISAH CINDERELLA...adik beradik tiri si cik cinderella nih sanggup la menganiaya dan mendera dia hanya sekadar untuk berebut seorang putera raja yang kacak dan gagah..tapi last-last cik cindy gak yang dapat..
-dan banyak lagi dan lagi...adakah juga seperti kisah mereka ini....
si comel ini..
LAWAN
si seksi ini...
untuk merebut...si dia ini???
and the winner is...????
Tak kisah la siapa yang menang sekali pon, tapi yang penting perlukah untuk berebut supaya dimiliki oleh seorang lelaki dengan cara yang agak kurang manis seperti bergaduh macam budak-budak,bertampar, berbunuh bagai...hmm mungkin ada kepuasan berbuat sebegitu kot....jangan sampai malukan diri sendiri udah le..betol tak??