MENGAPA PERLU BERTINDAK ZALIM SEUMPAMA FIRAUN?

Sejak kebelakangan ini perihal penderaan bayi,kanak-kanak dan wanita sering terpampang di dada akhbar. Baca tajuk akhbar pun dah cukup untuk saya membayangkan segala perilaku zalim dan kejam yang telah dilakukan terhadap mangsa-mangsa. Sungguh sedih, menyayat hati kerana selalunya setiap episod kezaliman berakhir dengan kematian. 

Apakah manusia di zaman moden ini telah mewarisi kezaliman FIRAUN? Kamu kenal siapa itu FIRAUN? Mungkin ada yang sudah mengetahui dan mungkin ada yang tidak!.Walau apa pun FIRAUN adalah manusia yang bongkak, angkuh, sombong, dan penindas yang amat kejam terhadap bayi, kanak-kanak mahupun wanita!.

Apakah ada alasan-alasan  yang kukuh untuk manusia bertindak kejam seperti sanggup mendera anak sendiri, isteri sendiri mahupun ahli keluarga sendiri secara fizikal?. Saya percaya pasti ada pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka yang sanggup bertindak semacam orang gila yang telah dirasuk iblis itu. Namun, walau apapun alasan-alasan  yang diberikan itu, sudah pasti alasan itu tidak akan melepaskan diri mereka dari dicop sebagai PENDERA atau PEMBUNUH!.Yang pastinya tidak akan terlepas dari hukuman TUHAN satu hari nanti.

source: google

Dalam akhbar METRO hari ini, ada dua kejadian yang sadis untuk dibaca iaitu tentang seorang budak perempuan 3 tahun yang telah didera sehingga menemui ajalnya dan satu lagi tentang isteri yang telah didera oleh suaminya hampir setiap hari . Boleh rujuk sini kalau kamu tak baca lagi..http://www.hmetro.com.my/#3

Apa yang saya hendak sampaikan di sini adalah setiap manusia mempunyai akal, hati dan fikiran. Jika kita tidak mampu untuk mengawal hati dan akal secara rasional dan bersandarkan iman pasti perkara-perkara sebegini akan berlaku. Sifat amarah memang ada pada setiap manusia. Namun jangan dibiarkan amarah mengawal perilaku kita. Biarlah kita yang mengawal setiap kemarahan dalam diri. Setiap agama yang diturunkan dimuka bumi ini tidak ada yang mengajar umatnya menjadi jahat dan kejam. Maka, jagalah setiap pemberian Allah kepada kita didunia ini terutamanya anak-anak, isteri dan keluarga sebagai satu amanah yang perlu dijaga dengan baik dan sempurna.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).


7 comments:

Nand Nasyari said...
April 15, 2010 at 12:02 PM

dunia skrg mizara..mintak2 dijauhkan..amin~

Helmet Putih said...
April 15, 2010 at 12:27 PM

itu la...tak tau nak cakap apa lagi..ada org sampai matu tak beranak2 berharap sgt nak dapat anak, ada org dapat anak senang2 jer dera..paling teruk keluarjer dari perut buang dalam tong sampah...dorang tak tau kali, tiap2 anak itu membawa rezeki kepada ibu bapanya.....

Felicia F. Ramzi said...
April 15, 2010 at 5:06 PM

mungkin maseh banyak kes dera di luar nun cuma sik dilaporkan.. now mcm2 jak cara.. even si penganggur pun boleh mendapat asid k curah kat muka bini kotan bini sik larat maok 'melayan'.. apa jak lah??

Amirah Rashid said...
April 16, 2010 at 12:17 AM

mereka ni semua hanya fikir berlandaskan nafsu. bukannye fikir gunakan akal fikiran yg Allah beri. semoga diorg ni sume akan berubah :)

joynstar said...
April 16, 2010 at 8:57 AM

selalu mun mek nanga berita cemtuk, memang mek madah,

"nya tok la patut dibuang mak nya mpun dolok, dah besar jadi hantu"

dah piker2 balit, mek salah. Bayi siktauk apa-apa. Tapi bila dah besar rasanya peranan orang tua membentuknya. Salah kita juak mun anak kita membesar jadi firaun.

Faizal n Fashitah said...
April 16, 2010 at 12:46 PM

Manusia dah kedak binatang dah.. sik siuman agik. gila eh. ada agama, sik dipraktikkan. ney ndak jadi gila.
Eh kacak KLCC malam2 hari hoh. Yalah sempat juak raon mlm tadik pas ya singgah rah Rani Sup makan sup tulang.. oOOoppss.. huhuhu..

tujuhhariseminggu said...
April 16, 2010 at 2:44 PM

jahat jahat jahat... x tau nak wat camna supaya mereka x wat menda2 camni lagi... T__T

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top IN THE NAME OF BEAUTY. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.