Showing posts with label BUAH DABAI. Show all posts
Showing posts with label BUAH DABAI. Show all posts

BUAH DABAI -SARAWAK TROPICAL FRUIT

Hari ni saya sangat suka dan gumbira sebab dapat bekalan buah dabai yang datang dari Sarawak. Di Semenanjung memang takkan jumpa buah ni. Sedap kalau makan dengan nasik panas or makan gitu-gitu aja pon ok. Buah dabai...orang Sarawak pronounce it like this --> "buah da bay"..adalah sejenis buah yang bermusim. Amat terkenal di Sarawak dan mudah didapati di Sibu dan di Sarikei.



Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga. Kebiasaannya, buah dabai direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian airnya dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan bersama kicap atau garam. Biji dabai pula terdapat isi yang berwarna hijau. Rasenye seperti ‘kacang’. . (info source:http://berita-harian-online.com/dabai-buah-tropikal-sarawak/). Jom layan gamba ni:

 Buah dabai ni saya rendam dengan kicap masin.Atau boleh gaul sedikit dengan garam sahaja. Sedappp..nyumnyum..

Buah dabai yang telah direndam dengan air panas menjadi lembut. Isinya berwarna kuning dan rasanya lemak-lemak.


Ni biji buah dabai..saya dah ketuk dengan lesung batu..harusssla..sbb biji buah dabai ni keras macam batu..nak gigit kompom patah gigi!!..dalam biji yang keras tuh ade isi lembut rasa macam kacang..leh buat kudapan..sedapp...ADE BRANI NAK TRY??..HEHE..
Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top IN THE NAME OF BEAUTY. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.