ANEKA PETUA UNTUK PENJAGAAN DIRI

Saya suka dan enjoy membaca majalah yang ade kaitan dengan kewanitaan,kecantikan, fesyen , resipi dan jugak gossip-gossip ni. Ada orang kata buat ape nak baca semua benda alah tu ..sbbnya tak mengembang mindala kununnya .Tapi saya tak kisah pon. Yang penting saya suka dan hilang stress bila baca benda-benda ni semua. Yela takkan la setiap masa nak baca pasal politik la, ekonomi la, isu semasa la..haiyoo busannn sungguh..Tau-tau skit dah la kan. Majalah mingguan wanita antara majalah yang saya kerap beli dan baca dari dulu sampai la sekarang ni. Selain tuh Cleo pon sama gakla. Kadang tuh bukannya saya baca sgt pon tapi saya suka belek belek gambar je. Anyway, ni saya nak kongsi skit petua-petua dari Majalah MW yang saya simpan jadi arkib koleksi untuk rujukan saya. Antaranya…


Turunkan berat badan- Amik buah delima muda. Kikis kulit buah tu dan kisar dengan secubit garam dan setengah gelas air. Tapis air tersebut dan sejukkan dalam peti sejuk.Minum air kulit buah delima tu selepas makan tengahari seminggu sekali . Saya tak pernah lagi try petua ni sbbnya payah nak carik buah delima..mesti rasa pahit gak nie ..erkk hehe…



Naikkan seri muka- Try guna daun teh. Daun teh juga untuk menghilangkan kedut di wajah. Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang dah direndam. Sapu kemuka dan bilas selepas 10 minit. Selain tu boleh jugak try guna putih telur, sapu ke muka , bilas selepas 10 minit. Guna seminggu sekali. Petua ni saya pernah cuba. Memang nampak beza tapi kena la amalkan selalu. Macam saya jenis mood kejap rajin kejap malas ..sooo..paham-paham jela ye hehe…




 
Hilang bengkak dan hitam bawah mata- Parut timun dan sengkuang Cina hingga hancur. Kemudian rendam dengan serbuk teh. Sapukan dibawah mata dan ulang selama seminggu. Saya pon ada masalah dengan eye bag ni . Buruk la rupa kalo ade eye bag ni..nampak sembap je dah la mata saya ni sepet..Nanti saya nak jugak la try petua ni. Selama ni saya just guna eye gel yang di beli kat pasaraya je.Cepat dan senang bagi orang yg kurang rajin mcm saya ni.. Ada yang berkesan sikit dan nampak gak perubahan dan ada tu  takde effect langsung. So try n error la kan…baru tau effect nye..


Hilangkan sakit di tumit-Macam kes ni kalo berdiri lama sangat. Ambil 3 helai daun sirih dan ramas bersama gambir (anda tau tak gambir ?..kat Sarawak byk).Sapukan pada tumit 2 kali sehari. Saya ingat saya tau nape kene ramas dengan gambir ..sbbnya gambir ni utk hilangkan kebas…:)


Lain-lain petua nanti sambung lagi …akan datang ….

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top IN THE NAME OF BEAUTY. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.