Apa yang kamu mahu sebenarnya dalam hidup ini?


Alhamdulillah syukur sehingga ke saat dan ketika ini hidup lagi kita ye. Masih boleh berblogging, pergi kerja,belajar,dapat duit dari Nuffnang, makan, minum, mengorat, berkahwin, berumahtangga, menjaga anak dan macam-macam lagi la gamaknya. Tapi ada ketikanya sehingga kini ada diantara kita yang masih lagi samar-samar, atau blur apa yang kita sebenarnya mahu atau nak sangat dalam hidup. 

Almaklumla bukan semua orang dalam alam ni bijak mengurus diri dan tahu apa yang mereka mahu selama bernafas di bumi ini. Ada yang clumsy macam saya ni hee, ada yang ikut saja arus mana nak pergi, ada juga yang fikir "ah biar la apa nak jadi...as long as aku hidup boleh survive cukup la..", ada yang berkata." aku nak kaya ,kalau dah kaya raya baru aku rasa hidup aku ni bahagia..", ada juga yang mahu sebegini.." aku nak kahwin,selagi aku tak kahwin hidup aku rasa kosong",dan macam-macam lagi lah.

Apa yang kamu mahu ? Mungkin ramai yang menjawab "ENTAH..tak sure apa yang dimahu"...

Adakah ini kemahuan kita?mungkin...

-mahu isteri ,suami, tunang, kekasih yang cantik ,lawa, kacak dan bergaya sahaja ?
-mahu pasangan hidup yang beriman, bertanggungjawab, dan yang sewaktu dengannya..?
-mahu menjadi famous ,glamour, dikenali ,disanjung, digilai ramai, atau yang seangkatan dengannya..?
-mahu menjadi kaya raya, jutawan dengan segala usaha tulang empat kerat ?
-mahu berkahwin hanya dengan orang-orang  berada ,kaya raya yang hanya dalam target lists.. para Datuk, Tan Sri, dan yang seahli dengannya? opsss...kalau dah jodoh tu takleh nak kata apa la..
-mahu berjaya dalam cita-cita yang telah diangan-angan sejak kecil lagi..doktor? peguam? cikgu? polis? pemain bola sepak ? pengulas sukan? penyanyi? model?ahli politik bla bla bla..
-mahu menjadi seorang anak yang soleh ,solehah?
-mahu berkhidmat untuk negara, majulah sukan untuk negara?
-mahu anak-anak yang cantik,comel, bijak segalanya?
-mahu makanan yang cukup sehingga tiada kebuluran?
-mahu hidup bahagia ,berseronok-seronok tanpa lupa segalanya?
-mahu memiliki apa saja tanpa batasan?
-mahu tubuh badan yang sihat sehingga di hari tua?
-mahu hidup yang bahagia ,cukup segalanya dan diredha oleh Allah s.w.t?

Tak kisah apa yang kita mahu dalam hidup ini , apa yang penting ia masih di dalam linkungan batasan. Bersyukur apa yang telah Allah telah berikan. Jika tak tercapai lagi apa yang dimahukan mungkin ada penghalangnya disitu. Keazaman untuk mencuba dan keyakinan pada diri boleh membantu untuk mencapainya. Berdoa dan bertawakkal sentiasa. Hidup yang berkat dan diredha insyaallah membuat kita lebih bahagia dalam segalanya. Jangan asyik mengeluh,menyalahkan takdir ,menyalah itu ini. Akhirnya kita takkan kemana-mana.




8 comments:

deus X machina said...
February 5, 2010 at 3:46 PM

saya mahu beli kelab manchester united
erk888

Elya Roza said...
February 5, 2010 at 4:40 PM

saya nak kawen!!!ha3

Amirah Rashid said...
February 5, 2010 at 5:55 PM

miahaha
jwpn deusXmachina®
mmg mengundang :D
erm, mira nk FRANK LAMPARD blh?
haha
xde la
kalau blh mira nk yg sumenye yg TERBAIK utk mira
xkesah la jodoh ke, pelajaran ke
sume la
insyaallah :)

Sire Johhny Deep said...
February 5, 2010 at 6:26 PM

saworang perempuan inginkan sebuah perkahwinan, sekali dalam seumur hidupnya...
manakala seorang lelaki pula ingin terus bujang walopon sudah berumahtangga...

memang nakal tul kawan teman tu (yang bagi kata2 hekmah.. haha)

teman dah dapat apa yang teman inginkan....
great posting tuan tanah!!

Jobs-View said...
February 5, 2010 at 10:44 PM

saya mahu kaya..amin..

Dak Wan® said...
February 6, 2010 at 3:31 AM

Teman selalu jumpa dengan kawan yg masih bujang walau dah kawin. Apakah?

Anonymous said...
February 6, 2010 at 5:44 AM

I dont wanna be rich, I just need all my necessity needs to be fulfilled. And I wanna take care of my Mak too, and my significant other.

mizara said...
February 6, 2010 at 2:41 PM

thanks pengomen2 semua..rupa-rupanya mcm-mcm gak kemahuan korang semua eh..hehe

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top IN THE NAME OF BEAUTY. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.